“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Showing posts with label supermom. Show all posts
Showing posts with label supermom. Show all posts
11 December 2014
Ujian penentuan kelas
Bismillah |
Minggu minggu yang lalu anak no 2 menjalani ujian penentuan kelas.
Saya sebagai ibunya haruslah sangat risau!!
Sebab anak lelaki saya ni susah nak fokus, suka melukis dan mewarna dan suka math.
tetapi ujian itu menguji semua aspek- membaca, menulis, mengira, mengaler dan etc.
Jadi dah dapat tahu result hanya dapat kelas yang ke-3.
Allahu.. rasa berdebar ..rasa frust sebab tak dapat sebaik kakaknya..rasa sedih juga.
terus mendiamkan diri.
Semasa memasak, my boy datang kepada saya sambil berkata,
"Sorry mama. Thoriq tak dapat nak jawab sebab tak ingat. Sorry mama.."
Sebak pula mendengarnya.
Saya peluk dia dan kata "It's ok..it's ok..mama pun sorry. Takpe tak ingat nanti belajar lagi. Tapi mama happy sebab Thoriq mengaji hari ni. Itu pun dah baik"
Bila dia berlari ke ruang depan, hampir menitik air mata saya.
And saya sebut berkali kali dengan diri saya..
Bukan kejayaan akademik jadi pengukurnya tetapi kekuatan agama yang akan membawa kami semua ke syurga.
Sedikit sahaja Allah uji dan saya hampir tersungkur. Allahu akbar!!
Lagipun apart of that, saya patut bersyukur dia sihat, riang dan ceria. Saya ingat lagi macam mana serabutnya hidup saya bila anak-anak saya bergilir gilir tak sihat.
Semoga saya kuat dan tabah mendidik generasi Al-Quran. Bantu saya, Ya Allah.
Tags:
Baiti Usrati,
diari baiti usrati,
kiddoz,
Motivation,
supermom
22 August 2014
Tips memastikan keadaan bateri remote baik atau tidak
Bismillah|
Baru baru ini ada technician datang betulkan remote kipas kerana tidak berfungsi. Alhamdulillah dia telah memberikan tips yang berguna untuk orang orang seperti saya. Semoga Allah memberikan kebaikan kepadanya. Dia beritahu tips untuk pastikan bateri remote dalam keadaan baik ataupun tidak. Caranya seperti berikut:
1. Open camera di handphone
2. Halakan ke sensor led di remote seperti di gambar di bawah
3. Tekan mana mana button di remote
4. Cahaya lampu di led akan kelihatan melalui camera phone
5. Jika cahayanya suram maknanya bateri lemah. Kalau cahayanya terang maknanya bateri penuh
Ini kerana sensor tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Tetapi camera phone boleh zoom in.
Harap tips ini bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)