My precious: diari baiti usrati
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Showing posts with label diari baiti usrati. Show all posts
Showing posts with label diari baiti usrati. Show all posts

11 December 2014

Ujian penentuan kelas

Bismillah |


Minggu minggu yang lalu anak no 2 menjalani ujian penentuan kelas.
Saya sebagai ibunya haruslah sangat risau!!
Sebab anak lelaki saya ni susah nak fokus, suka melukis dan mewarna dan suka math.
tetapi ujian itu menguji semua aspek- membaca, menulis, mengira, mengaler dan etc.
Jadi dah dapat tahu result hanya dapat kelas yang ke-3.
Allahu.. rasa berdebar ..rasa frust sebab tak dapat sebaik kakaknya..rasa sedih juga.
terus mendiamkan diri. 
Semasa memasak, my boy datang kepada saya sambil berkata,
"Sorry mama. Thoriq tak dapat nak jawab sebab tak ingat. Sorry mama.."
Sebak pula mendengarnya.
Saya peluk dia dan kata "It's ok..it's ok..mama pun sorry. Takpe tak ingat nanti belajar lagi. Tapi mama happy sebab Thoriq mengaji hari ni.  Itu pun dah baik"
Bila dia berlari ke ruang depan, hampir menitik air mata saya.
And saya sebut berkali kali dengan diri saya..
Bukan kejayaan akademik jadi pengukurnya tetapi kekuatan agama yang akan membawa kami semua ke syurga.
Sedikit sahaja Allah uji dan saya hampir tersungkur. Allahu akbar!!
Lagipun apart of that, saya patut bersyukur dia sihat, riang dan ceria. Saya ingat lagi macam mana serabutnya hidup saya bila anak-anak saya bergilir gilir tak sihat.
Semoga saya kuat dan tabah mendidik generasi Al-Quran. Bantu saya, Ya Allah.

26 May 2014

Sejarah suplemen....dalam hidup saya

Bismillahirrahmanirrahim... Sibuk cerita pasal tips sihat saja, rasa kali ni nak cerita kenapa saya sangat obsess dengan kesihatan dan suplemen (obsess tuh...hahaha).. okies..jangan merapu sangat sudahlah.  Saya lebih focus pada kesihatan kanak-kanak sebab saya dah merasa segala macam perasaan sejak melahirkan anak yang pertama (lebih kurang 10 tahun dah berlalu). Perasaan bimbang, takut, risau, sedih, panic, jiwa kusut, depression, negative dan banyak lagi perasaan yang tak gembira.  KENAPA saya jadi macam tu?  Sebab sejak anak saya yang sulung lahir hingga dia berumur lebih kurang 6 tahun, sekali setahun mesti jadi penghuni hospital. Kadang-kadang dua kali setahun.. Allahurabbi. Tuhan saja yang tahu. Dahlah anak sulung, tak ada experience. Duduk pula jauh dari mak ayah dan mak ayah mertua, tak ada sedara mara. Bayangkanlah, masa yang sepatutnya saya bekerja banyak saya tumpukan perhatian kepada keluarga dan anak saya. Yelah, siapa yang nak tolong jagakan. Kalau demam, kena ambik cuti masa dia baru demam dan kalau Nampak tak kebah lagi, bersambung lagi sehari cuti. Dia pula kalau demam, dalam masa 10 minit, suhu dari 37 degree boleh terus jadi 39 degree. Bayangkan dalam masa 10 minit je. Walhal baru lepas makan ubat demam. Hati ibu mana yang tak risau. Kalau nak cerita air mata, saya ni bergenang air mata je hidup saya sepanjang dia membesar. Usaha?IKhtiar? Semua saya usahakan. Orang kata bagi madu, saya bagi madu. Orang kata bagi minyak zaiton, saya bagi juga. Orang kata bagi campuran madu dan habbatussauda, saya bagi juga. Nak cerita, semua makanan sunnah saya dah bagi. Tapi, anak saya sangat special. Dia alah dengan oren based dan benda yang sangat manis. Jadi semua yang saya sebut di atas, tidak berkesan pada dia malah kadang-kadang menjadikan dia lagi teruk... Bukan kata saya tak percaya makanan sunnah, cuma pada badan dia tak serasi. ..(tarik nafas sekejap..tahan air mata nak jatuh). Pernah kena sawan, pernah muka biru tak cukup oxygen sebab acute asma. Segala prescription doctor pakar , memang kat hujung lidah saya je..sebab dah hafal. Sampai sekarang, kalau dengar kawan-kawan cerita tentang masalah kesihatan anak-anak saya pun boleh advise ambik ubat apa. Ada sekali tu, saya boleh start bagi ubat apa dan doctor paed dia pun senyum sebab saya dah bagi dulu sebeblum dia cakap dan betul apa yang saya dah start bagi tu pun.. Doktor paed pun kalau cerita dengan saya pasal term2 medical saya memang dah faham macam ambil medical juga (Perasan kejap...hihi). Tapi, Alhamdulillah...semua tu dah berlalu. anak saya no 2 ni pun dulu selalu masuk hospital. Sejak saya bagi suplemen yang bukan vitamin C pada anak-anak saya, slowly mereka bina ketahanan badan dia. Syukur sangat-sangat.  So, saya faham jika ibu-ibu lain struggle nak beri yang terbaik pada anak-anak mereka. Saya pun willing bagi tips sihat khusus tentang anak-anak sebab saya dah rasa semua tu. Saya bukan belajar medic pun, saya belajar engineering. Tapi saya dapat ILMU tentang KESIHATAN kanak-kanak daripada PENGALAMAN dan hasil bacaan buku medic PAEDIATRIK (pinjam buku adik) serta perbincangan dengan adik tersayang dan DOKTOR PAED. Alhamdulillah.... Siapa kata engineer tak boleh cerita tentang KESIHATAN? Sebab ilmu Allah luas dan selagi kita rendahkan diri belajar dan belajar, Allah akan beri kita ILMU dan ILMU tu bukan hak kita SEORANG tapi KONGSIKAN lah pada orang lain yang masih mencari di luar sana. Ok, sangat panjang cerita kali ni. Kita jumpa lagi di lain entri. 
happy makan aiskrim...
  


30 June 2011

syaitan takde tanduk

Mira: Mama, tadi masa kat sekolah ada tengok video. ada rupa syaitan.
Mama : [ sambil berkerut dahi] Macam mana rupa dia?
Mira : Syaitan takde tanduk. Rupa dia macam perempuan.
Mama : [melopong]
Mira : Betulll... ada rambut, kaki, tangan.. takde pun tanduk macam dalam majalah tu.
Mama : Macam orang lah?
Mira : takdelah. Rupa dia hodoh. warna ada biru, merah..
Mama : ??

Apalah agaknya cerita yang dia tengok kat sekolah tu..??

27 January 2011

Amirah Darjah 1

Diam tak diam, rupanya Amirah dah masuk darjah 1. Secara peribadi, ummi rasa excited plus berdebar which is I think normal to other ummi yang anaknya masuk darjah 1 first child. So, what happen during first day school? Rasanya tak ada yang mencabar kesabaran dan alhamdulillah everything goes smooth. Amirah pun tak nangis nak balik dan very happy duduk dalam kelas. Zaman ni, anak-anak dah very independent tak macam dulu-dulu. So happening with budak yang nak balik, tak nak mak ayah balik dulu and etc. Cikgu-cikgu pun senang mentetnteramkan pelajar-pelajarnya. Cabaran zaman ini hanyalah bagaimana untuk mendidik anak-anak ini menjadi kreatif dan berfikiran kritis yang selari dengan yang disarankan dalam agama kita. Yang menjadi persoalannya, mampukah kurikulum baru ini menampung corak pemikiran anak-anak ini agar sentiasa di dalam lingkungan spsertimana yang diajar dalam kitab Al-Quran.

ummi

20 August 2010

Allergic Rhinitis dan Breastfeeding

Ummi bangga dapat menyusukan anak-anak ummi. Alhamdulillah, setakat ini thoriq dah melebihi 2 tahun. Ustaz kata tak elok lebih 2 tahun. Kenapa ye? Jadi macam mana nak berhentikan.

Tetapi cabaran yang ummi hadapi bukanlah cabaran nak pam susu masa bekerja atau pun bila outstation. Tetapi kesan anak ummi breastfeed dgn ummi. Rasa curiga pulak bila anak-anak selalu keluar masuk hospital tetapi minum susu ibu. Setahu ummi yang kawan-kawan beritahu, antibodi anak-anak yang minum susu ibu bagus dan tak mudah mendapat penyakit. Sedih juga bila mengenangkan dan sedih saja tak membawa ke mana-mana. Justeru, ummi berusaha tanya-tanyakan doktor pakar, sebenarnya apa punca penyakit anak-anak ummi ni. Doktor mengatakan anak-anak ummi lebih kepada allergic rhinitis.

Apa itu Allergic Rhinitis?

Allergic Rhinitis adalah sejenis penyakit keturunan/warisan. Allergic Rhinitis ini bahasa melayunya adalah dikenali sebagai 'Resdung'. Jika ibu mempunyai kadar resdung yang tinggi dan ayahnya juga, maka anak-anak akan mendapat kadar resdung yang tinggi juga. Dan begitulah sebaliknya.

Bagaimana mengesannya pada kanak-kanak?

1. Kanak-kanak yang baru lahir hingga berumur lebih kurang setahun setengah, mereka akan mengalami eczema. Kerengsaan kulit yang teruk.

2. Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas , mereka berisiko mengalami pneumonia disebabkan alahan pada airways atau saluran pernafasan ke paru-paru. Jadi mereka ini sering mengalami batuk seperti lelah jika tidak menjaga pemakanan atau cuaca jerebu/kurang segar. Jangkitan kuman sering terjadi di paru-paru menyebabkan kahak/lendir terhasil di dalam paru-paru. Oleh itu, prosedur mengeluarkan lendir tersebut perlu dilakukan seperti nebulizer, chest fisio atau exercise yang terkawal.

3. Kanak- kanak yang berumur 6 tahun ke atas, mereka akan mendapat sepenuhnya allergic rhinitis iaitu resdung. Jenis alahan adalah bergantung pada setiap individu mengikut apa yang diwarisi. Kadangkala mereka juga akan mendapat batuk/lelah jika airways mereka mengalami alahan juga selain dari alahan kulit.

Penawar?

Setakat ini ummi dah bagi macam-macam ; madu,habbatus sauda, roselle tapi masih lagi tak membantu. Mereka bukan asma dan mereka juga bukan lemah. Ianya hanya disebabkan penyakit diwarisi. Dugaan buat ummi dan abi. Kalau ada yang membaca artikel ini dan mempunyai cadangan, boleh disharekan bersama. Kerna Ummi yakin dan percaya, setiap penyakit ada penawarnya....

Breastfeeding boleh menaikkan antibodi anak-anak?

Setakat ini breastfeeding yang ummi amalkan pada mereka hanya dapat mengelakkan mereka daripada demam yan kerap. namun bila mereka mendapat pneumonia , demam mereka sangat tinggi dan static. tak kebah-kebah. Ini disebabkan breastfeeding dari ummi hanya menguatkan lagi penyakit yang diwarisi mereka. Ya Allah.. Rasa kalau ianya memudaratkan mereka, lebih baik bagi susu formula je.

Tetapi, ummi kuatkan semangat. Ummi harus tabah. Kerana jika memang Allah lahirkan mereka sedemikian, itu adalah anugerah Allah sepertimana Uwais Al-Qarni. Ummi redha.Ummi akan tetap beri susu ibu pada mereka kerana yakin itu yang terbaik. Dan ummi selalu berdoa agar anak-anak ummi mendapat yang terbaik di dunia dan di akhirat. Wallahualam...

Ingat Allah, Sayang Allah.
We share, We care.


12 August 2010

Ramadhan..Tarbiah Time


Tiba sudah Ramadhan Kareem. Ummi dah siapkan Ramadhan Assessment Plan untuk Abi dan Ummi. Perancangan ummi adalah untuk melatih diri setiap hari untuk menjadi seorang muslimah dan isteri yang solehah. Semua ini adalah bertitik tolak dari selesainya membaca buku karangan Fatimah Syarha, penulis dan novelis yang semakin meningkat namanya yang bertajuk "Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul" .Seperti baru tersedar dari lamunan dan berpijak dari bumi yang nyata, hati menjadi gementar kerana telah banyak yang ku tidak lakukan demi menjaga Islam as the way of life. Subhanallah... Buku ni memang superb bagi sesiapa muslimat di luar sana yang masih samar tentang apa itu cinta yang sebenarnya dan bagaimana untuk memelihara agar sentiasa mekar mewangi... My family..I Luv You All..

11 June 2010

increase children's antibodi??

I wonder how I can boost up my kidz antibodi. hmm.. adakah ummi perlu leave it to nature? nature healing... or need to eat something? or need specific exercise. Let me list all the alergi faced by amirah and thoriq:
  1. alah pada jus oren/semua yang ada kaitan dengan oren. effect : tekak akan merah = demam, so definitely NO for vitamin C tablet oren, scott's emulsion oren (which is quite yummy than the white one,urghh), sunquick oren etc
  2. alah pada air batu/minuman berais. effect : tekak akan merah=demam/batuk/selsema/pneumonia. then definitely NO for aiskrim(which all kidz love!), air sejuk, etc
  3. alah pada kelapa. effect : batuk/selsema/pneumonia. then definitely NO for all product of kelapa which is banyak khasiatnya ie air kelapa/natadecoco kelapa, coconut shake, minyak kelapa etc
  4. alah pada makanan berkandungan gula tinggi. effect : tekak merah=demam. then definitely NO for air berkarbonat, VITAGEN, RIBENA , air kotak, etc
  5. alah pada makanan pedas. effect : tekak merah = demam
  6. alah pada seafood (jika kadar pengambilan tinggi) . effect : selsema/ruam
hmm, apa yg perlu ummi lakukan ye? nak beri vitamin C, tak boleh. scott emulsion pun tak boleh. So, macam mana nak boost up antibodi anak-anak ummi ni? Ya Allah, help me for what I dont know. Show me the way to give them a good health...

06 June 2010

Alhamdulillah, Amirah semakin sembuh..

DI sini ummi ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang telah mendoakan kesihatan amirah. Alhamdulillah, amirah dah semakin sihat. Dia dah kembali ceria dan riang. Syukur Allah. Terima kasih Allah kerana sentiasa mendengar rntihan hamba-Mu ini sedangkan diri ini sering alpa dari mengingati-Mu.

05 May 2010

4 hari kemudian..

30 April 2010
Keadaan Amirah sangat lemah. Dia hanya bangun untuk setengah jam sahaja dan akan kembali tidur untk 3 hingga 4 jam. Cuma Amirah dah response pada antiviral yang diberi kerana semasa Amira bangun pagi, Amirah minta makan nasi.ALhamdulillah, Ummi panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana Amirah dah kembali sedar. Namun Amirah masih lemah. Doktor perlu masukkan air gula dalam badan Amirah kerana badan Amirah masih lagi belum pulih sepenuhnya. Ummi tanya pada Doktor kembali tentang cadangan doktor untuk transfer Amirah ke ICU. Doktor kata dah tak perlu kerana Amirah dah ada tanda-tanda untuk pulih. Alhamdulillah, Ummi panjatkan kesyukuran sekali lagi kerana anak Ummi tak perlu ditempatkan ke ICU. Cuma hari ni, Amirah perlu menjalani ujian EEG ( ujian untuk melihat aktiviti otak) dan ECHO (ujian untuk melihat aktiviti jantung). Berdebar dada Ummi mendengar ujian-ujian itu. Namun, Ummi kuatkan semangat agar Amirah pun akan kuat semangat. Sesekali, jatuh juga airmata Ummi apabila teringat detik-detik cemas dan juga keceriaan Amirah.Semuanya bercampur baur. Ya Allah, berilah daku kekuatan dan kesabaran dan sembuhkanlah Amirah...

Petang itu, Doktor pakar neurologi memberitahu pada ummi dan abi yang Amirah memang disahkan mendapat jangkitan otak. Ini berdasarkan graf aktiviti otak sebelah kiri ada perbezaan yang sedikit dari yang lain. Doktor memberitahu yang antiviral yang telah diberi Insyaallah boleh merawatnya tetapi akan ada parut pada tempat berkenaan. Ummi tabahkan hati. Mata ummi bergenang lagi...

Semasa Amirah tidur, Ummi pandang wajah Amirah. Ummi capai buku kegemaran Amirah. Ummi bacakan untuk Amirah. Tapi airmata ummi mengalir deras , sebak mengenangkan semua ini. Ya Allah, betapa beratnya ujian yang Kau berikan ini. Tak tertanggung rasanya untuk Aku menggalasnya. Ya Allah, Aku mohon kekuatan dan ketabahan hai dan sembuhkanlah Amirah agar dia kembali ceria dan sihat....


Mama dan Mira : Amirah & Encephalitis

Encephalitis (http://kidshealth.org/parent/infections/bacterial_viral/encephalitis.html)
Encephalitis literally means an inflammation of the brain, but it usually refers to brain inflammation caused by a virus. It's a rare disease that occurs in approximately 0.5 per 100,000 individuals .Symptoms in milder cases of encephalitis usually include:
fever
headache
poor appetite
loss of energy
a general sick feeling

In more severe cases of encephalitis, a person is more likely to experience high fever and any of a number of symptoms that relate to the central nervous system, including:
severe headache
nausea and vomiting
stiff neck
confusion
disorientation
personality changes
convulsions (seizures)
problems with speech or hearing
hallucinations
memory loss
drowsiness
coma

It's harder to detect some of these symptoms in infants, but important signs to look for include:
vomiting
a full or bulging soft spot (fontanel)
crying that doesn't stop or that seems worse when an infant is picked up or handled in some way
body stiffness
Bold



Because encephalitis can follow or accompany common viral illnesses, there sometimes are signs and symptoms of these illnesses beforehand. But often, the encephalitis appears without warning
DiagnosisDoctors use several tests to diagnose encephalitis, including:
imaging tests, such as computed tomography (CT) scans or magnetic resonance imaging (MRI), to check the brain for swelling, bleeding, or other abnormalities
electroencephalogram (EEG), which records the electrical signals in the brain, to check for abnormal brain waves
blood tests to confirm the presence of bacteria or viruses in the blood, and whether a person is producing antibodies (specific proteins that fight infection) in response to a germ
lumbar puncture, or spinal tap, in which cerebrospinal fluid (the fluid that surrounds the brain and spinal cord) is checked for signs of infection

02 May 2010

Mira dan Mama : Amirah warded!!

22 April 2010
Amirah demam. Kesian anak ummi.Ummi bawa dia ke Klinik Dr Liaw seperti biasa. Amirah pun dapat beberapa jenis ubat yang perlu dihabiskan terutama antibiotik (jenis Klacid) which is high level antibiotik. Tak dapatlah amirah join team main bola jaring hari Sabtu ni.

26 April 2010
Amirah masih lagi demam. padahal antibiotik nya dah habis. Ummi rasa ada yang tak kena pada amirah. Bila ambil temeprature, suhunya dah mencecah 40 degree C. Dia pun dah menggigil seram sejuk akibat high fever. Cepat-cepat ummi pack baju amirah dan pergi ke klinik Dr Liaw kembali. Unni cadangkan pada doktor supaya admit hospital memandangkan keadaan amirah yang semakin worst. Doktor pun setuju dengan cadangan ummi.

27 April 2010
Hari pertama ummi jaga dia nampak juga beberapa perkara aneh. Perangai Amirah yang berlainan sperti tidak kenal ummi. tenaganya juga sangat tinggi tapi dia masih lagi demam dan pneumonia nya sedang dirawat. Ummi pujuk hati ummi mungkin Amirah mahu melawan rasa boring berada di hospital. Amirah juga tidak mahu langsung makan apa-apa. Mata merah bulat dan merah. Bila malam, ummi balik rumah sebab jaga Thoriq pula.

28 April 2010
Samapai sahaja ummi di wad Amirah, Amirah sedang berlarian naik turun lif. Dia tak hiraukan tentang atuk dan wan. Ummi rasa tak sedap hati. Lebih-lebih lagi bila lihat AMirah sangat berani naik turun lif seorang diri. Ini sangat mustahil kerana aamirah bukan nya seorang yang sangat berani. Pada pukul 7 petang, Amirah seakan-akan sawan, tapi sangat mild. Terus Ummi panggil nurse. Amirah pula seperti berterusan menjerit-jerit. Matanya merah. Disebabkan dia seperti unconcious, doktor sarankan melakukan CT Scan untuk melihat keadaan otak amirah.Ya Allah, seriusnya keadaan Amirah. Amirah pun dah kehilangan energy, Kandungan gula dalam darah jatuh sehingga 3.2 sahaja. Doktor mengatakan keadaannya agak kritikal. Kemungkinan besar, AMirah perlu dimasukkan ke ICU Hospital besar. Airmata Ummi tak henti-henti mengalir. Ya Allah! Selamatkan Amirah, sembuhkanlah dia. Hanya itu yang mampu Ummi lakukan.. berdoa. Mujur Abi ada memanggil ustaz dari Darussyifa untuk baca air penawar. Antara usaha dan ikhtiar sebagai seorang muslim, memohon hanya kepada Allah. Dan ummi pula seperti hilang kekuatan dan hanya menangis walaupun tahu ianya tidak membantu apa-apa. Malam itu juga, doktor mencadangkan untuk mengambil sampel air dari tulang belakang untuk melihat keadaan otak Amirah. Ummi tabah menunggu sehingga pukul 4 pagi untuk mengetahui keputusannya. Akhirnya doktor mengesahkan bahawa Amirah mendapat jangkitan otak yang dinamakan encephalitis. Doktor akan memulakan rawatan antiviral kerana antara common virus yang menyebabkan encephalitis adalah Herpes Simplex Virus.

11 February 2010

Sayang ummi : Dilemma

Hai! Bulan Februari sudah semakin hampir ke penghujungnya. Tapi apa yang ummi dah buat ye? Setakat mana pencapaian ummi dari segi kerjaya? rumahtangga? children? arghhhh.... hati kecil ummi selalu sahaja membisikkan kata-kata sinis..sukarnya mencapai cita-cita. Cita-cita?? apa cita-cita ummi ye? melihat wajah abi, selalu saja berazam untuk menjadi isteri yang solehah, cerdik dan kawan karibnya. Tapi apa usaha ummi ye? Melihat wajah anak-anak, lantas berazam untuk menjadi ibu yang baik, dapat mendidik mereka berakhlak mulia. Tetapi, apa pula usaha ummi untuk mencapai semua itu? Melihat saja kepada pejabat ummi dengan kerja-kerja yang 'tak dinilai' oleh SKT , bertangga-tangga, langsung saja berazam untuk mendapat Dr (phd) sesegera yang mungkin. Tetapi ke mana? Haii...banyak nya persoalan yang bermain di benak ini.

Mencapai bintang di awan

Bilamana melihat abi pulang dari kerja, seboleh mungkin ummi ingin menyambutnya dengan senyuman yang sangat manis. Tetapi seringkali pada waktu yang sama, anak-anak pun bersama-sama menyambut abi dengan perangai yang sangat 'baik'. Justeru seringkali intonasi dan mood ummi berubah tatkala pulangnya abi. Alahai abi. Tak dapat lagi abi melihat senyuman ummi... Bila ummi nak berubah ni? Emm... Apabila anak-anak ummi tidur, terasa ingin berkongsi cerita dengan abi, ceritera duka, suka, geram, sedih dan bermacam-macam lagi. Tetapi seringkali abi sudah tidur keletihan. MM..bila lah agaknya ummi ingin meluahkan rasa. Seringkali cerita-cerita itu dibawa bersama mimpi yang meletihkan!!... Bila ummi nak berubah ni?... Dan selalu saja ummi angankan yang manis-manis seceria pagi yang indah pabila bangun dari tidur tetapi perkara yang sama akan berulang. Akhirnya, satu rutin harian tercipta. Arggghhh...macam mana nie???

10 February 2010

Sayang Amirah : Kerja sekolah

Malas

"Amirah malaslah nak buat kerja sekolah" bentak amirah lagi. Matanya terusan melihat ke kaca TV yg menayangkan cerita kartun walaupun bukan kegemarannya. Rasa hati nak marah tapi lagi dimarah , lagi kuat lawannya. Macam mana nak buat nie.., bisik hati kecl ummi. Perlahan ummi membelek buku-buku sekolahnya , 'banyak nye nak kena buat'.. bisik hati kecil ummi lagi. Apabila dijumlahkan ada lebih kurang 5 buku untuk disiapkan. Bila dilihat tarikh-tarikh yang diberi, sudah beberapa hari berlalu. Kesian anak ummi ni, tadika lagi dah banyak kerja. Mungkin 'practices make perfect', persediaan sebelum ke darjah satu. Kesian juga kat dia, dah lama ummi tak luangkan masa untuk bersama-sama menyiapkan kerja-kerja sekolahnya. "Amirah, kita buat sama-sama nak?" pujuk ummi. Amirah tidak memalingkan mukanya. Mungkin masih lagi tension dengan kerja-kerja sekolahnya yang banyak itu."Amirah tulis, mama warna. ok tak?" pujuk ummi lagi. Muka Amirah bercahaya-cahaya sambil mengganggukkan kepala. Dan kami bersama-sama menyiapkan seperti kawan karibnya. Riang hati ummi melihat anaknya ceria sambil menyiapkan kerja. Hampir satu jam, kami bertungkus lumus menyiapkannya dan hasilnya, kesemuanya siap!! Alhamdulillah. Bukan hati Amirah sahaja yang gembira, hati ummi pun sama. Seronok tak terungkap apabila dapat bersama-sama membuat sesuatu kerja. Satu perkara yang ummi belajar dari Amirah, cubalah menyelami hatinya dan melayannya seperti kawan2nya di sekolah. Mungkin dia lebih senang nak berkongsi masalah dengan kita.

Pagi yang ceria

"Mama, ayah kata matahari besar. betul ke mama?" tanya Amirah di dalam perjalanan ke sekolah. " Betul." jawab ummi ringkas."mesti Amirah tertanya-tanya, kenapa Amirah nampak matahari kecil je kan?" tanya ummi pula. Amirah mengganggukkan kepala. "Sebab, matahari ada jauhhh sangat dari bumi" jawab ummi sambil mendepangkan tangannya. "Matahari tak boleh dekat dengan bumi, macam api. kalau kita dekatkan benda pada api, nanti terbakarlah" terang ummi lagi dengan bersungguh-sungguh. "Ooo... tu sebab Amirah nampak matahari tu kecil je sebab jauh. Emm...Amirah nak jadi angkasawan lah. Tapi nak jadi doktor dulu baru angkasawan." kata Amirah sambil tersenyum." Nanti bolehlah Amirah tengok Matahari tu macam mana.." sambungnya lagi. "kalau nak jadi angkasawan, kena lah belajar rajin-rajin, siapkan kerja sekolah" sampuk ummi sambil membiarkan Amirah tertanya-tanya apa kaitan menyiapkan kerja sekolah dengan belajar rajin-rajin. Em??

23 December 2008

Baby Thoriq demam...

Kesian baby thoriq. semalam amik injection rotavirus + pneumococal. hari ni bdn dia panas. Mama doakan baby thoriq cepat sembuh kay...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...