My precious: cerita
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

11 August 2014

Reference blog and website

Bismillah |


Salam ceria semua.
Saya nak listkan senarai blog atau website yang sering menjadi bacaan saya tentang tips kesihatan dan kecantikan serta khasiat suplemen. Bukan dari website shaklee je tau. Saya ambil dari website international juga. Negara-negara maju dah lama recognize natural healing atau pengambilan suplemen semulajadi dalam diet harian. Kita pun perlu macam tu juga untuk kekalkan kesihatan dan kecergasan mengikut umur atau lebih muda dari umur kita. Berikut website yang saya follow setakat ini. Memang sangat baik dan recommended untuk dibaca.

1. www.webmd.com - kesihatan dan khasiat suplemen
2. www.mindbodygreen.com - panduan hidup secara positif
3.www.shaklee.com.my - Shaklee product dan khasiatnya
4.www.mamafaiz.com - mentor saya yang osem

Selamat meng'follow'

di fish and chip restaurant newcastle UK
Bergambar di hadapan restoran fish and chip di Newcastle Upon Tyne, UK. Satu pinggan fish and chip boleh makan tiga orang..

26 May 2014

Sejarah suplemen....dalam hidup saya

Bismillahirrahmanirrahim... Sibuk cerita pasal tips sihat saja, rasa kali ni nak cerita kenapa saya sangat obsess dengan kesihatan dan suplemen (obsess tuh...hahaha).. okies..jangan merapu sangat sudahlah.  Saya lebih focus pada kesihatan kanak-kanak sebab saya dah merasa segala macam perasaan sejak melahirkan anak yang pertama (lebih kurang 10 tahun dah berlalu). Perasaan bimbang, takut, risau, sedih, panic, jiwa kusut, depression, negative dan banyak lagi perasaan yang tak gembira.  KENAPA saya jadi macam tu?  Sebab sejak anak saya yang sulung lahir hingga dia berumur lebih kurang 6 tahun, sekali setahun mesti jadi penghuni hospital. Kadang-kadang dua kali setahun.. Allahurabbi. Tuhan saja yang tahu. Dahlah anak sulung, tak ada experience. Duduk pula jauh dari mak ayah dan mak ayah mertua, tak ada sedara mara. Bayangkanlah, masa yang sepatutnya saya bekerja banyak saya tumpukan perhatian kepada keluarga dan anak saya. Yelah, siapa yang nak tolong jagakan. Kalau demam, kena ambik cuti masa dia baru demam dan kalau Nampak tak kebah lagi, bersambung lagi sehari cuti. Dia pula kalau demam, dalam masa 10 minit, suhu dari 37 degree boleh terus jadi 39 degree. Bayangkan dalam masa 10 minit je. Walhal baru lepas makan ubat demam. Hati ibu mana yang tak risau. Kalau nak cerita air mata, saya ni bergenang air mata je hidup saya sepanjang dia membesar. Usaha?IKhtiar? Semua saya usahakan. Orang kata bagi madu, saya bagi madu. Orang kata bagi minyak zaiton, saya bagi juga. Orang kata bagi campuran madu dan habbatussauda, saya bagi juga. Nak cerita, semua makanan sunnah saya dah bagi. Tapi, anak saya sangat special. Dia alah dengan oren based dan benda yang sangat manis. Jadi semua yang saya sebut di atas, tidak berkesan pada dia malah kadang-kadang menjadikan dia lagi teruk... Bukan kata saya tak percaya makanan sunnah, cuma pada badan dia tak serasi. ..(tarik nafas sekejap..tahan air mata nak jatuh). Pernah kena sawan, pernah muka biru tak cukup oxygen sebab acute asma. Segala prescription doctor pakar , memang kat hujung lidah saya je..sebab dah hafal. Sampai sekarang, kalau dengar kawan-kawan cerita tentang masalah kesihatan anak-anak saya pun boleh advise ambik ubat apa. Ada sekali tu, saya boleh start bagi ubat apa dan doctor paed dia pun senyum sebab saya dah bagi dulu sebeblum dia cakap dan betul apa yang saya dah start bagi tu pun.. Doktor paed pun kalau cerita dengan saya pasal term2 medical saya memang dah faham macam ambil medical juga (Perasan kejap...hihi). Tapi, Alhamdulillah...semua tu dah berlalu. anak saya no 2 ni pun dulu selalu masuk hospital. Sejak saya bagi suplemen yang bukan vitamin C pada anak-anak saya, slowly mereka bina ketahanan badan dia. Syukur sangat-sangat.  So, saya faham jika ibu-ibu lain struggle nak beri yang terbaik pada anak-anak mereka. Saya pun willing bagi tips sihat khusus tentang anak-anak sebab saya dah rasa semua tu. Saya bukan belajar medic pun, saya belajar engineering. Tapi saya dapat ILMU tentang KESIHATAN kanak-kanak daripada PENGALAMAN dan hasil bacaan buku medic PAEDIATRIK (pinjam buku adik) serta perbincangan dengan adik tersayang dan DOKTOR PAED. Alhamdulillah.... Siapa kata engineer tak boleh cerita tentang KESIHATAN? Sebab ilmu Allah luas dan selagi kita rendahkan diri belajar dan belajar, Allah akan beri kita ILMU dan ILMU tu bukan hak kita SEORANG tapi KONGSIKAN lah pada orang lain yang masih mencari di luar sana. Ok, sangat panjang cerita kali ni. Kita jumpa lagi di lain entri. 
happy makan aiskrim...
  


09 July 2012

Ayat-ayat cinta my hensem boy


Kebelakangan ini, my hensem boy Thoriq selalu saja melafazkan ayat-ayat cinta semasa menghantarnya ke tadika. Memandangkan tadika tu dalam kawasan tempat kerja/school saya, jadi masa perjalanan banyaklah ragamnya.

ayat 1

Mama, tak payahlah pergi school baru.
Mama, tak jalan tak boleh ke? (sambil tarik tudung saya untuk menyuruh saya memberhentikan kereta)

ayat 2

Mama, thoriq tak nak pergi school. Thoriq nak pergi beli-belah.
(erkk..beli belah? mana dia dapat vocab tu)

Setakat ni, itu saja yg teringatkan. nanti kalau ada ayat-ayat cinta yang baru, akan ditulis di sini. yay!


regards
Mama Amriq (Amirah dan Thoriq)

10 April 2012

Buku Amirah


30 June 2011

syaitan takde tanduk

Mira: Mama, tadi masa kat sekolah ada tengok video. ada rupa syaitan.
Mama : [ sambil berkerut dahi] Macam mana rupa dia?
Mira : Syaitan takde tanduk. Rupa dia macam perempuan.
Mama : [melopong]
Mira : Betulll... ada rambut, kaki, tangan.. takde pun tanduk macam dalam majalah tu.
Mama : Macam orang lah?
Mira : takdelah. Rupa dia hodoh. warna ada biru, merah..
Mama : ??

Apalah agaknya cerita yang dia tengok kat sekolah tu..??

18 April 2011

Amirah dan menabung

Mira..mira.. why you are always happily buy anything you want with all your money? Ya Allah, berikanlah daku kekuatan dan ilham untuk mengajar anak-anakku untuk menabung.

I think that it is normal when at first, amirah spent RM 1 for nothing valuable (or maybe she think that she have bought a lovely thing with her money!!) O Allah, what should I do?  :(

Dari sehari ke sehari, minggu dan bulan., after all, almost every day she will spend all her money to buy anything in her mind. notebook, pencil, eraser, sticker (her favourite!!), pen and more.. and after all, almost every day, mama and ayah remind her about how important is menabung..

In deep breath, I should list out any possible reason and possible solution to this..

It's time to go back first..meet my two lil' and amazing kidz..:)

Tata..

27 January 2011

Amirah Darjah 1

Diam tak diam, rupanya Amirah dah masuk darjah 1. Secara peribadi, ummi rasa excited plus berdebar which is I think normal to other ummi yang anaknya masuk darjah 1 first child. So, what happen during first day school? Rasanya tak ada yang mencabar kesabaran dan alhamdulillah everything goes smooth. Amirah pun tak nangis nak balik dan very happy duduk dalam kelas. Zaman ni, anak-anak dah very independent tak macam dulu-dulu. So happening with budak yang nak balik, tak nak mak ayah balik dulu and etc. Cikgu-cikgu pun senang mentetnteramkan pelajar-pelajarnya. Cabaran zaman ini hanyalah bagaimana untuk mendidik anak-anak ini menjadi kreatif dan berfikiran kritis yang selari dengan yang disarankan dalam agama kita. Yang menjadi persoalannya, mampukah kurikulum baru ini menampung corak pemikiran anak-anak ini agar sentiasa di dalam lingkungan spsertimana yang diajar dalam kitab Al-Quran.

ummi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...