My precious: Muhasabah
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

12 December 2014

The art of conversation

Bismillah |


Dah lama nak sentuh tentang cara-cara untuk memulakan conversation.
Semakin lama semakin hilang adab-adab bertemu dengan sahabat atau orang lain.

Antara ayat permulaan yang tidak sesuai untuk dicakapkan adalah seperti:

"Eh..Bulatnya awak dah.." 
"Pergh..dah jadi orang korporat ye sekarang.."
"Lama tak nampak anta dalam usrah? Ingatkan dah futur.."
"Apsal awak nampak gelap sangat ni?"
"Tak habis lagi ke study?"

memang kedengaran seperti biasa tetapi adakala emosi boleh terusik juga. Lebih-lebih lagi yang menyentuh tentang fizikal, appearance, nada perli dna sebagainya.
Apa kata tukarkan dengan ayat-ayat seperti ini:

"Apa khabar awak sekarang?"
"Rindunya kat awak sebab dah jarang jumpa. Alhamdulillah dapat juga jumpa kan.."
"nampak dah semakin berjaya. Alhamdulillah rezeki Allah untuk disyukuri.."

Mulakan hari kita dengan kata-kata positif..
Mulakan perbualan kita dengan ayat-ayat positif dan berunsurkan doa

Stay positif is also important to stay healthy...

24 November 2014

Menangani anak yang nakal dan kurang mendengar kata

Bismillah |


Sabtu lepas, memang full schedule satu hari untuk anak soleh saya yang sorang tu.
Sebelah pagi, dia kena hadir ke sekolah untuk ujian diagnostik memasuki darjah satu. Namanya dah menakutkan tetapi sebenarnya tak ada apa-apa yang scary sebab ujian itu hanya untuk menentukan tahap penguasaan membaca, menulis, mewarna (betul ke? hihi)

Beginilah untuk yang masuk sekolah kebangsaan. Dalam pada ramai yang masukkan anak-anak ke sekolah integrasi, kami tetap memilih untuk menghantar ke sekolah kebangsaan sahaja. Antara sebab-sebabnya, kami nak anak-anak kami melihat sendiri karenah manusia daripada ibu bapa sampai anak-anak. Karenah sebenar manusia yang Allah amanahkan menjadi khalifah di muka bumi. 

Kami sentiasa dan tidak akan pernah putus asa memberitahu dan mendidik mereka tentang sikap dan sifat yang baik yang patut dimiliki oleh seorang manusia. Dan di sekolah mereka dapat melihat sendiri betapa ramai yang susah untuk mengikut apa yang telah Allah tetapkan. Anak anak kami akan sentiasa berfikir tentang membuat keputusan memilih antara yang baik dan yang batil. Sentiasa akan berhadapan dengan mentaliti sebenar manusia akhir zaman. 

Pada sebelah malam pula, anak saya perlu menghadiri ihtifal habis tadika. Kagum saya melihatkan kreativiti guru-guru tadika menyediakan event besar. Ada jubah graduasi dan persembahan bagi setiap tadika yang memiliki program yang sama. Saya dapat melihat dengan grandnya anak-anak ini mengakhiri tadika, begitu juga grandnya expectation ibu bapa pada anak-anak soleh ini. Rata-rata mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka sehinggakan tidak dapat membezakan di antara keperluan dan kemewahan.

Ucapan founder tadika ini yang menyebabkan saya mahu menulisnya di blog agar sentiasa boleh diulang-ulang baca. Tidaklah disimpan di memori saya yang sudah semakin asik lupa.

Beliau memberitahu tips untuk ibu bapa  handle anak-anak yang sedikit nakal dan kurang mendengar kata ialah dengan:

1. memperbaiki wudhuk kita
2. memperbaiki rukuk di dalam solat kita

Sangat setuju. Tahap rasa perhambaan diri kita sebagai hamba Allah sentiasa menjadi kayu ukur kepada diri kita sebagai ibu bapa. Benar-benar membuatkan saya berfikir panjang. 

Walau apapun, pertama kali wajib bersyukur dengan apa yang kita miliki. Dengan rezeki yang telah Allah beri kepada kita. Kerana semuanya ini datang dari Allah. 


Wallahu a'lam

Stay healthy, stay positive uols..

09 April 2014

Sakit itu ujian

Salam kepada pembaca blog ini,
Semoga diberi kesejahteraan dan kemudahan dalam apa jua urusan yang anda lakukan.
Baru-baru ini, Allah uji diri ini dengan demam plus selsema plus batuk. Sampai pergi ambil darah kerana ditakuti demam denggi. Alhamdulillah...mujur hanya virus . Minum air banyak dan jangan lupa suplemen.
EH! Makan suplemen pun boleh sakit ke?...
Of cos lah kan...sebagai manusia biasa yang lemah dan kerdil akan diberi ujian sakit, kesusahan, kesedihan dan sebagainya. Suplemen dimakan sebagai usaha untuk mengelakkan sakit kita berlarutan mudaratnya bukan bermaksud tidak akan sakit langsung.

Apa hikmah diberi ujian sakit?
1. Hati kembali ingat Allah
2. Baca AlQuran dan zikir lebih daripada hari yang lain (selalu tak sempat je nak muqarrab dengan Allah)
3. Dapat muhasabah diri atas dosa-dosa yang lalu
4. berharap dengan sepenuhnya kepada Allah semoga dibersihkan dari dosa-dosa yang lalu dan dikembalikan kesihatan yang sempurna

Senyum...zikir...muhasabah diri.
Setakat yang kita tahu, orang yang TAK PERNAH sakit, Raja Namrud sahaja. Siapa dia?
haa...siapa tahu angkat tangan?

gambar sekadar hiasan
 
|TipsihatdariShaklee|
Ambil 1-2 biji Ostematrix sebelum tidur untuk kualiti tidur yang lebih baik. 1 biji Ostematrix = segelas susu
 
 
 

25 August 2012

Syawal pun tiba (1433H)


Setelah sebulan menjalani ibadah puasa, Syawal pun tiba.
Kanak-kanak nampak seronok kerana dapat bermain bunga api (bukan mercun tau).

Sebenarnya kanak-kanak memang sentiasa seronok tak kira masa raya atau hari-hari lain. Sebab mereka tidak terdedah lagi dengan erti ibadah puasa yang sebenar.
Pada yang dewasa ini, nak tahu kita gembira atau sedih dengan tibanya Syawal, kita boleh rasakan getarnya.
Adakah rasa sebak? seronok tak terkata? biasa-biasa sahaja?
Apapun perasaan terpulang pada individu.
Yalah, Allah tak kata orang yang masuk syurga ialah orang yang sedih meninggalkan Ramadan. Ramadan akan tiba dan berlalu pergi. Yang penting, adakah diri kita mendapat impak daripadanya.
Perbezaan dulu dan sekarang. Perbezaan diri lahiriah sebelum dan selepas Ramadan. Perbezaan dalam diri sebelum dan selepas Ramadan.
Meet Key Performance Index tak?
Macam  mana lagi kita nak evaluate diri kita. Muhasabah -kata arabnya.
Kalau kita ni selalu lepak-lepak dengan kaum kerabat Syaitan, mungkin kita merindui mereka. Yalah, kawan baik. Semasa makan, minum, bercakap, berfikir, berfesyen, berjalan-jalan, tidur dan etc etc.
Masa Ramadan, selalu sangat Malaikat datang menegur dan bertanya khabar dengan kita. Tunggu dengan setia, kalau-kalau kita bangun malam, solat sunat dan baca quran. Kalau kita tak biasa, mereka temankan kita berjaga malam. Agaknya bila Ramadan tinggal beberapa hari lagi, mereka lihat wajah dan hati kita. Adakah kita akan macam tu lagi nanti. Istiqamah kah kita? Allahu Akbar.

Hati kita ni betul-betul keras kan.
Orang sudi bagi nasihat pada kita pun, kita tak suka.
Orang sudi bagi peringatan pada kita pun, kita benci dia.
Orang sudi cakap baik-baik pada kita pun, kita usir dia.
Orang yang sudi buat amal kebajikan pada kita tu ada hati dan perasaan juga. Kalau kita ni adalah di kalangan yang mereka sayang dan ambil berat, mesti mereka rasa 'down'.
Bukan itu sahaja.Kalau kita ni ada hati nak berubah pun kena juga.
Orang perlekeh-lekehkan kita lagi bila kita baru nak rasa jadi baik, cakap baik-baik, cakap satu dua term bahasa arab pun kena cerca. Pelik betul dah manusia ni.

Memang ujian dan dugaan bila nak jadi baik ni. nak jadi baik ni bukan maksudnya, duduk diam-diam tak boleh buat apa pun. Bukan juga bermaksud jadi malaikat. Kena 'mingle' around juga. nak jadi baik ni, maksudnya nak ubah tabiat dan habitat kita supaya jadi lebih elok. Kenapa? Jadi baik ni bawa masalah kepada orang lain kah? Baguslah kita atau ada kawan macam tu. Dah tu ustaz/ustazah yang bagi nasihat pun kita marah, ada kawan nak lebih baik pun kita tak suka, apa masalah kita ni? Rasa panas ye kat dalam hati, mata, telinga semua kah? Ingatlah , syaitan itu daripada api. Memang manusia tak jadi syaitan. Tapi kalau rasa membara je dalam hati dan telinga tu bila ada orang cakap dan buat baik  kat kita, tak ke ada ciri-ciri api dalam diri kita? Hohoho..

p/s Tak suka api dalam sekam. :)


lots of love , akirahumaira

07 October 2011

Gaza dan Palastin

Gaza,

Aku melihat seluruh pelusuk Malaysia melaungkan "Save Gaza". Tentulah kita mesti membantu menyelamatkan Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Sesungguhnya ummat Islam itu satu dan bukan sekadar Masjid itu tempatnya berlaku mikraj Rasulullah naik ke langit bersama Jibril. Tapi mungkin kita patut sedar bahawa Israel dan Yahudi umumnya mmg merancang untuk menakluki ummat Islam dan yg bukan Yahudi.


Ada kawan2 yg menyalahkan orang2 Palestin dan kenapa bangsa2 Arab sekitar Palestin spt Mesir, Lubnan, Syria, Arab Saudi dll tidak bersatu hati membantu Palestin. Ada yg menyalahkan kenapa tak berdamai jer antara Palestin dan Yahudi? cari jalan persetujuan dan persefahaman. Dan Amerika kononnya di bawah Barak Obama akan membantu dunia Islam. Bodoh ummat Islam jika percaya ini semua. Sedangkan UMNO dgn PAS pun bertahun mempertahankan perjuangan masing2 sedangkan UMNO dan PAS diperjuangkan oleh bangsa dan ummat yg sama. Kenapa takleh jumpa titik pertemuan?


Sudah tentulah sbb perkara dasar yg diperjuangkan dan di Imani tidak sama antara ummat Islam dan Yahudi. Dan Hamas vs Fatah pun mcm PAS dan UMNO. Sudah tentu agenda Yahudi akan mempunyai target yg satu iaitu melenyapkan ISLAM dgn apa cara pun. Dan ummat Islam di Palestin yg betul2 beriman, tidak akan membiarkan Yahudi menjalankan perancangan mereka.


Cuba baca buku bertajuk " Dajjal akan muncul dari kerajan Jin di Segi Tiga Bermuda, tulisan Muhammad Isa Dawud. Bukan pasal jin pun sgt..tetapi pasal Samiri dan Yahudi dan Amerika.


25 August 2009

Salam Ramadhan

Ramadhan telah menjelma. Ramai yang telah menghantar emel lewat 1 ramadhan yang lalu untuk mengucapkan salam ramadhan sambil memohon ampun dan maaf. Nampaknya bukan influenza sahaja yang telah berevolusi tetapi ucapan salam juga telah dipelbagaikan. Walaupun begitu, jejari ini masih lagi berat untuk menghantar sepotong ayat hatta melalui emel ataupun SMS!! Mungkin kerna masih lagi ragu-ragu apakah ucapan itu seindah kata hati ataupun hanya mengikut trend masa kini. Kadang-kadang terfikir juga, bacakah rakan-rakanku ucapan salam ku ini atau hanya sekadar memenuhkan peti mail nya sahaja. Dan persoalan itu terus-terusan berlegar di minda ini.

Namun, apa yang penting adalah kemaafan dari seorang sahabat atau sesama Islam kepada saudara seIslam yang lain. Tak perlu diminta untuk dimaafkan, tetapi seharusnya individu itu telah pun memberi kemaafan setiap hari sebelum tidur. Dengan harapan, esok hari akan lebih baik dari hari ini sambil memuhasabah diri tentang dosa-dosa yang telah dilakukan. Dan dengan itu, ayuh! Jangan bertangguh lagi, berilah kemaafan anda kepada semua anda kenal dan berharap mereka juga memafkan kita sebelum lena dibuai mimpi. :)

24 August 2009

Bermalas-malasan

Pernah tak di satu pagi yang hening,kita rasa sangat malas untuk pergi ke satu majlis ilmu(etc bengkel, kuliah, perjumpaan etc) walaupun sebenarnya itu adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan? Di antara faktor-faktor kemalasan itu adalah seperti berikut:
  • seronoknya kalau hari ini cuti. dapat buat kerja-kerja rumah, main dengan budak-budak dan etc.
  • kenapalah asyik nama saya je yang kena pergi bengkel or whatever they call it
  • "mesti nanti boring giler masa dengar ceramah"
  • tak sihatlah rasanya
  • dan seribu satu alasan yang lain
Dan pernah tak selepas beberapa minit kita berada di majlis ilmu itu kita rasa betapa bagusnya dapat pergi ke majlis itu. Nah! Sebenarnya satu hypothesis telah berjaya diperkenalkan di mana, jika kita rasa sangat malas untuk pergi ke satu majlis ilmu pada mulanya, sebenarnya majlis itu sangat bermanfaat pada kita pada akhirnya. Segala perasaan yang timbul itu, hanyalah bisikan-bisikan syaitan agar kita tidak perlu berada di majlis yang sgt bermanfaat itu. Dan kita kena yakin, bahawa jika kita tidak pergi pun ke tempat itu, nescaya masa yang telah diperuntukkan oleh Allah itu, kita tidak akan gunakan untuk membuat kerja-kerja yang kita bercadang nak lakukan pun.. :) Justeru, dapatlah kita simpulkan bahawasanya, JANGAN SESEKALI KITA PANDANG REMEH UNTUK PERGI KE MAJLIS ILMU YANG TELAH DIARAHKAN kerana mungkin Allah telah lorongkan sesuatu yang baik untuk kita di akhir majlis itu. Percaya dan yakin pada perancangan ALLAH.

28 July 2009

Student Vs Bekerja

As far as title above concern,
Attitude seseorang semasa bekerja dan belajar sebenarnya hampir sama. Jika kita mengenali seseorang itu secara luaran dan gaya bekerja tetapi kita tidak mengenalinya semasa belajar, actually we can know 50% of his/her attitude semasa orang itu di universiti dulu. Di antaranya:
  • Jika seseorang itu suka 'tai chi' kerja2 pada individu lain - suka 'ngelat' dan tak buat part dia masa project group masa di universiti dulu
  • Jika seseorang itu suka cakap as 'tin kosong' - selalunya mpp atau high committee persatuan masa universiti dulu yg lebih suka cakap without any action
  • Jika seseorang itu tak reti kerja as pekerja biasa/bawahan - masa universiti dulu, suka berebut jawatan atau nak jadi ketua tetapi tak reti manage pun
  • jika seseorang itu senang sgt dapat kerja dengan pandai bercakap - selalunya masa universiti dia suka putar belit atau think 'smart' utk pinjam nota/assignment kawan-kawan untuk 'copy' dan claim dia yg buat
  • jika seseorang itu selalu kena 'tai chi' buat kerja2 yg actually memberi byk knowledge/experience pada diri sendiri - masa universiti selalu kena siapkan part2 orang lain yg malas nak buat dan asyik berlagak pandai
  • jika seseorang itu selalu think and act wisely - masa universiti dulu, dia selalunya tak banyak cakap dan byk kerja persatuan, khidmat masyarakat, sukan dan etc tapi selalu siap homework/assignment/score masa exam :)
As per muhasabah diri, kita di mana ye?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...