My precious: hamil
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

18 August 2014

Mungkinkah set ibu hamil shaklee bantu newborn elak jaundis?

Bismillah |


Sebelum terlupa cerita benar ini, dengan segera saya menulis entri ini.
Alhamdulillah, saya dapat melawat kawan saya yang baru melahirkan anak. Baru 6 hari umurnya. So cute baby girlnya. Tetapi yang mengujakan saya, saya tanya pada kawan saya,
"Tak kena kuning ke?" 
Sementelah teringat pada kawan seorang lagi yang babynya admitted sebab kuning sedangkan sama hari melahirkan.
Kawan saya jawab, " Alhamdulillah. bidan datang check kata tak ada kuning (jaundis). nampak ok."
Kawan saya juga risau sebab perbezaan darah A dan O selalunya menyebabkan kadar birubilin lebih tinggi daripada biasa.
Saya tanya pada dia ada makan apa apa yang lain masa pregnant hari tu ke. sebab saya tahu dia ambil set ibu hamil shaklee yang ada esp dengan saya. Walaupun ini yang kelahiran yang kelima tapi ini pertama kali dia ambil set shaklee masa pregnant.
Kawan saya kata, " Makan set shaklee je. Tak ada ambil vitamin atau suplemen lain selain yang diberi doktor"
Saya pun tergamam. "Alhamdulillah. .. Tak tahu pun kesannya begini. Alhamdulillah."
Ofkos lah lepas ni kawan saya kata nak teruskan set breastfeed dengan shaklee juga.
Ini memang kisah benar dan mengujakan. 
Alhamdulillah Allah izinkan dan suplemen itu hanyalah asbab untuk memudahkan kawan saya.
Sambil memandu pulang, saya masih tak percaya lagi..Mungkinkah set shaklee yang dimakan oleh kawan saya telah dapat mengelakkan anaknya mendapat kuning(jaundis)?
Saya masih lagi mencari testimoni..

set ibu hamil shaklee bantu elak newborn baby mendapat jaundis


17 June 2014

Khasiat Vitamin E

Bismillahirrahmanirrahim..

Insyaallah nak citer sikit tentang hot sale bulan ni iaitu..... VITA E COMPLEX.
Ada sebab dinamakan complex . Meh saya citer sikit. VITA E Complex ini mengandungi:
  • 400 iu dalam sebiji kapsul
  • ekstrak biji anggur
  • selenium
Ia adalah vitamin E yang bersekali dengan selenium di mana sangat baik untuk penyerapan yang optimum. Ekstrak biji anggur pula mengandungi salah satunya polifenol iaitu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Kandungan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik dari vitamin C. Ia juga dapat meningkatkan imun badan, mengurangkan paras kolesterol, menghalang pembentukan darah beku dan melegakan urat tegang. Selain daripada itu ekstrak biji anggur dapat melambatkan penuaan dan membantu kulit lebih anjal.

Vitamin E juga diberi jolokan nama Vitamin Cinta untuk suami isteri. Kenapa?
Sebab ianya juga adalah agen reproduktif lebih-lebih lagi untuk lelaki. Ianya dapat meningkatkan pengeluaran air mani seorang lelaki. Boleh baca penerangan lanjut tentang vitamin cinta ni dari blog mamafaiz. Panjang lebar penerangan yang diberikan.

Oh! Jangan risau tentang toksin kerana lebihan vitamin E dalam tubuh badan. Ini kerana 60-70% vitamin E akan disingkirkan daripada tubuh badan setiap hari.

Vita-E Complex jelas semulajadi, selamat dimakan dan digalakkan kepada wanita hamil, ibu menyusukan anak, yang mengambil pil hormone dan yang melalui fasa menopause.

Saya pilih Vita-E Complex Shaklee...kerana kandungannya yang lengkap untuk tubuh badan. Anda pun boleh memilihnya sebagai sebahagian suplemen anda.

Saya akan share lagi tentang Vitamin E ni.. sehingga berjumpa di lain entri..





18 May 2014

Cuba untuk hamil

Bismillahirrahmanirrahim
 
Sesuatu yang saya tak pandai nak katakan apabila bercerita tentang takdir Allah. Allah dah tetapkan siapa jodoh kita, berapa orang anak kita ada dan sebagainya. Tetapi, berusaha untuk mendapatkan anak juga telah ditetapkan jalannya oleh Allah. Kerana kita usaha itu mungkin asbab kepada perkara yang lain, yang lebih manis..
 
Saya listkan tips yang boleh kita usahakan untuk hamil.
 
1. Untuk si isteri : Weight control. Ini kerana berat badan yang sihat membantu dalam conception
2. Untuk si suami : Memelihara sperma. Dengan tidak mendedahkannya kepada suhu yang tinggi. Elakkan duduk di dalam hot tub sepanjang hari. Elakkan memangku/meriba laptop
3. Untuk si isteri : Elakkan minum kopi yang terlalu kerap. Hadkan supaya kurang dari 5 cawan sahaja dalam satu hari. Lebih sedikit , lebih baik
4. Untuk suami/isteri : Berhenti merokok
5. Untuk suami dan isteri : Alert dengan waktu ovulasi. Ovulasi berlaku 14 hari sebelum haid. Ianya hanya subur dalam masa 6 hari sahaja.
6. Untuk suami dan isteri : Elakkan tidak melakukan hubungan intim lebih dari 5 hari
 
Semoga tips ini dapat membantu pasangan yang cuba untuk mempunyai cahaya mata.
 


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...