My precious: Ostematrix
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

16 March 2015

Tips untuk elak gastrik

Gastritis adalah gejala gastrik yang menyebabkan badan tak bermaya, kembung, cirit birit, muntah muntah. Jika tahap kronik boleh sehingga muntah darah, stool warna hitam, hilang selera makan dan perut terasa panas.

Antara tips elakkan atau redakan gastrik ialah:
♡ kurangkan makan yang terlalu pedas lebih lebih lagi ketika perut kosong
♡ makan ikut waktu dan tidak skip meal
♡ makan dalam kuantiti yang sedikit setiap kali makan tetapi kerap
♡minum air masak dengan banyak
♡ mengambil suplemen semulajadi untuk penyembuhan yg lebih natural

Antara suplemen shaklee yang boleh diambil untuk mereka yg mengalami gastritis ialah:

1. ESP shaklee - diambil pada waktu pagi ketika perut kosong bagi mengelakkan perut merembeskan asid yang berlebihan selepas bangun dari tidur

2. Ostematrix shaklee - meredakan ketegangan otot perut sewaktu sakit perut terjadi agar tidak berlarutan. Selain daripada itu ianya juga seperti ubat putih yang diberi oleh doktor

3. B complex shaklee - membantu meredakan ketegangan sewaktu sakit dan mengurangkan simptom.gastrik

Semoga tips ini memberi manfaat kepada yang membaca. Jika ada pertanyaan sila bagitahu saya.

Stay healthy, stay positive

04 September 2014

Common problem semasa pregnancy

Bismillah |


Baru-baru ni saya jumpa kawan saya untuk cod Ostematrix. 
Tapi dia cerita satu perkara tentang Ostematrix yang saya pun akui juga cuma untuk dia yang preggy memang Ostematrix sangat sangat berkesan. Dia kata (saya quote lebih kurang),

 " Masa preggy hari tu biasalah selalu kena sembelit..tak lawas. Sampai pergi ambil ubat lawas kat doktor. Tapi bila makan ubat doktor, lawas sangat lah pulak...bila membuang tu macam air pulak. Tiba tiba teringat kan Ostematrix pun rasanya boleh melawas. Cuba makan ...memang ok. tak macam makan ubat doktor.. Tu yang rasa tak nak skip makan Ostematrix.."

Ha..dengar tu. Bukan yang preggy je rasa kesannya, kalau kita sakit-sakit badan ..tulang belakang..telan je Ostematrix. Insyaallah. kita berusaha Allah jua yang menyembuhkan...

Stay healthy, stay positive uolz..


02 September 2014

Tips travel dengan yakin dan ceria part 2

Bismillah |


Haha...bersambung lagi cerita tips travel.
Di samping beg travel kit yang dibawa, saya akan bawa juga beberapa vitamin.
Laaa....banyaknya nak bawak ye tak...hehehe...
Tak kisahlah banyak ke tak tapi bila travel lebih-lebih lagi melancong ke luar negara atau yang memerlukan aktiviti kaki dan tangan yang banyak (turun naik bas, tube, jalan kaki..etc) semestinya kena bawak vitamin vitamin ni :
1. Ostematrix -kaya dengan kalsium dan magnesium
2. B complex - kaya dengan vitamin B yang diperlukan especially urat saraf
3. Lecithin - pecah lemak 
4. SR Vita C - antibodi
5. Zinc complex - lawan penyakit

Ostematrix rasanya memang wajib telan sebelum tidur supaya bangun pada keesokan paginya akan rasa segar dan bertenaga tanpa sakit-sakit kaki dan belakang. Boleh baca khasiat Ostematrix di sini --> Ostematrix ada magnesium

B complex pula gunanya untuk kurangkan terkena sakit kepala. Yelah..travel kan penat. Bila dah penat, urat saraf dalam badan pun penat. Penat pun naik ke kepala. Kalau dah sakit kepala memang spoil the mood. Jadi biasanya sebelum tidur saya ambil B complex juga untuk redakan tense dan relax. Di samping membuatkan kulit-kulit akan merepair. Cantik dan berseri sahaja. Try baca lagi tentang B complex --> B complex redakan sakit kepala migrain

Lecithin adalah vitamin kegemaran saya..ahaks. Pemecah lemak dan kurangkan rasa bloating. Almaklum travel ni memang makan tak menentu. Samada susah dapat makan atau asyik jumpa makanan dan makan pula arabic cuisine atau pakistan sebab itu yang halal. Mana lalu makan salad je satu hari suntuk tiap tiap hari...hihi. Boleh baca khasiat Lecithin yang lain---> Lecithin untuk badan menawan

Last but not least gabungan SR Vita C dan Zinc Complex. Ini yang paling saya sangat sangat suka bila keluar dari rumah. Saya ada tonsilitis yang sangat sensitif. Mudah kena jangkitan demam dan flu. Kalau travel sikit dah demam memang upset lah kan. Mesti nak sihat tip top. Baru dapat jalan jauh. So saya memang akan ambil setiap awal pagi selepas breakfast sebiji vita-c dan sebiji zinc complex. Bertindak sebagai kuatkan antibodi dan membantu melawan penyakit. Kebaikan Vita-C boleh baca di sini ---> Khasiat Vita C dan tentang Zinc Complex ---> Khasiat Zinc

Ini vitamin wajib yang saya bawak. Yang tak wajib adalah dua tiga lagi. Itu optional. Dalam travelling ni yang penting niatkan kerana Allah. Nak dapat pengalaman dan menjadi asbab bersyukur dengan nikmat Nya. 

Stay healthy, stay positive uolz..

tips travel dengan yakin dan ceria part 2
kredit google image


07 May 2014

Mineral yang terabai

Bismillahirrahmanirrahim,
 
Mineral yang terabai?
Mineral apa?
 
Magnesium
 
A quick note tentang kepentingan Magnesium dalam tubuh badan...bukan aiskrim magnum ye..
 
Magnesium adalah mineral yang membantu tubuh badan melakukan fungsi-fungsinya, membina protein, mengekalkan otot dan fungsi saraf, mengawal gula dalam darah, dan mengawal atur tekanan darah. Simptom kekurangan magnesium termasuklah otot kejang, perubahan personality, fatigue, detoxifikasi atau ritma jantung yang abnormal. Antara punca kekurangan adalah kurang pengambilan magnesium dalam diet seharian, pengambilan alcohol berlebihan (of coz HARAM maa), Diarrhea yang kronik, ketidakpenyerapan akibat gluten dan pengambilan sesetengah antibiotic.

No wonder kalau kejang otot kaki, kami syorkan OsteMatrix. Sebab dalam OsteMatrix ada kalsium dan Magnesium.
 



Gambar hiasan
 


23 April 2014

Kepentingan kalsium

Bismillahirrahmanirrahim
 
credit foto Google Image
 
Kali ni saya ceritakan sedikit kenapa orang kecoh sangat dengan suplemen kalsium. Psst..kalau beli suplemen kalsium, pastikan sekurang-kurangnya ada Vitamin D sebab kalsium tidak boleh bekerja sendiri untuk membina tulang. Ia perlukan vitamin D untuk penyerapan yang optimum. Saya pilih OsteMatrix sebab ada sekali Magnesium. Haaa....bestnya OsteMatrix ni bila ada magnesium akan membantu menguatkan tulang bersama-sama dengan Kalsium...best naaa..
 
 
 
 
Di antara kepentingan Kalsium dalam diet seharian termasuklah:
1.  memperbaiki sistem perpindahan signal antara saraf
2. pengeluaran hormon
3. pergerakan otot
4. membantu fungsi saluran darah 
 
Cerita mereka yang telah mengambil OsteMatrix tentang kesan pengambilan
 
---------------------------------------------------------------------------------------
Saya ambil OsteMatrix 4biji setiap hari sebelum tidur. Mula2 biasa ajer, xder apa2 perubahan, tp masuk hari ke-3, saya dah xrasa sakit bila saya bgn tidur. Alhamdulillah....

Sejak itu saya mula amalkan pengambilan 4 biji OsteMtarix setiap malam (kdng2 skip juga. hehe). Dan sepanjang tempoh kehamilan, saya sgt kurang mengalami sakit belakang (bukan xder langsung), dan yg plg best, saya langsung xkena kejang urat! Dulu masa mengandung anak pertama n kedua, bila tgh2 mlm, mesti saya kena kejang urat (kaki di bahagian betis ke bawah xboleh gerak). Kalau husband saya ada (oh, yer..husband saya selalu travel ok), saya akan kejut dia, minta dia urutkan. Tapi kali ni, alhamdulillah, saya xmengalami kejang urat.
 
~Pn Ainul (baca kisah selanjutnya di SINI)
---------------------------------------------------------------------------------------------
 
Makan malam sebelum tidur. Alhamdulillah dengan izin Allah pagi bangun cergas hilang sekejap sakit belakang
~Pn Suhana (via instagram)
---------------------------------------------------------------------------------------------
 
Nak tahu lebih tentang bagaimana nak dapatkan OsteMatrix, boleh hubungi saya.
 
Pn Aida [SID 880307]

22 April 2014

OsteMatrix [kombinasi Kalsium-Magnesium-Vitamin D]


Bismillahirrahmanirrahim
 
Rasa tak adil pula kalau tak dikongsikan tentang apa itu OSTEOMATRIX...dalam bulan ini..promo tengah berlangsung [untuk ahli dapat special price]..Bukan saja-saja OSTEOMATRIX ni dikeluarkan oleh Shaklee.. Ianya membantu membina tulang agar padat dan kuat seiring dengan meningkatnya umur.
Saya kongsikan di sini kebaikan vitamin Osteomatrix ini dengan kelebihannya memiliki Magnesium.
  • 1,000 mg (100% DV) Kalsium daripada sumber semulajadi dan mudah menyerap • 400 mg (100% DV) Magnesium untuk membantu pembinaan tulang melalui bergabung dengan Kalsium di samping menguatkan tulang
    • 400 IU (100% DV) Vitamin D untuk penyerapan Kalsium
    • Boron secara klinikal dapat membantu metabolism tulang
    • Vitamin K untuk membantu mengikat mineral-mineral dalam penghasilan
    • Manganese, copper, dan zinc — aktifkan enzim dalam membina tulang
 
credit foto google image
Siapa yang memerlukan OsteMatrix?
1. Yang prihatin dengan kesihatan tulang untuk jangkamasa yang panjang
2.Wanita termasuk remaja, yang berumur 30 ke atas dan warga emas
3. Merokok dan ambil alcohol
4. Wanita yang mengalami symptom PMS semasa haid
5. Mereka yang ingin mengekalkan tekanan darah normal
6. Mereka yang tidak dapat terima suplemen Kalsium yang nampak ke'kapur'annya, besar dan susah untuk ditelan
 
Fuh! panjang lebar cerita fakta tentang kebaikan OsteMatrix ni. Terpulang kepada anda. Anda yang tentukan kesihatan tulang anda..
 
Jangan segan untuk hubungi saya untuk bertanyakan lebih lanjut. Konsultansi percuma dengan pembelian daripada saya.
 
Puan Aida [SID 880307]
 
 


21 April 2014

Penyusuan bayi secara eksklusif

 
Bismillahirrahmanirrahim
 
Pertama kali saya dengar tentang breastfeeding eksklusif ni masa mengandungkan anak pertama. Sahabat sekerja saya tanya, "Nanti lepas bersalin, plan nak breastfeeding eksklusif atau non-eksklusif?". Melopong sekejap dengar...hihi..punyalah ketinggalan bas saya ni. Alhamdulillah, sekarang anak pertama tu dah umur 10 tahun dan saya pun sudah mengalami beberapa siri menyusukan bayi. Masa anak pertama memang cepat mengalah apabila dengar baby nangis sebab susu tak meriah dan pekat (baca mengenyangkan). Runtun hati saya. Sampai 1 tahun 6 bulan je, itupun non-eksklusif. Bukan susu ibu penuh. Tapi yang kedua, dah cerdik sikit, saya usahakan pam kerap dan breastfeed di samping minum air dengan kerap. Dapat eksklusif 6 bulan pertama dan baby menyusu hingga 4 tahun!!! Masyaallah..:)
 
Rupa-rupanya, zaman canggih sekarang ni ada ikhtiar untuk banyakkan susu ibu di samping pekatkan susu. Shaklee ada menawarkan rangkaian produk vitamin untuk support penyusuan secara eksklusif ni. tak adalah macam saya dulu makan jamu dan akar kayu..
 
 
Jika anda sedang hamil sekarang, rancang dari awal suplemen yang akan diambil selepas bersalin nanti untuk anak tersayang. Jangan segan hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang set penyusuan dengan vitamin Shaklee. Selamat, halal dan semulajadi.
 
Puan Aida [SID 880307]
 
 
 

18 April 2014

Osteoporosis bukan masa tua sahaja



credit photo google image
Bila sebut tentang kekurangan kalsium, mesti perkara pertama terlintas di fikiran adalah OSTEOPOROSIS. Orang yang umur 20-30 tahun, selalunya tak ambil endah tentang kekurangan kalsium dan risiko OSTEOPOROSIS. Apa yang berlaku semasa kekurangan kalsium?
 
1.Pembinaan tulang yang agak PERLAHAN
2. Tulang banyak LOMPONG-LOMPONG KOSONG
 
Semakin meningkat umur, semakin tinggi keperluan kalsium dalam badan. Tapi kita, semakin meningkat umur semakin kurang ambil susu dan protein. Fakta.....Saya pun baru nak beri eprhatian pada keperluan kalsium ni. Lebih baik terlambat daripada tak ambil langsung kannn...Kalau untuk ladies, masa pregnancy memang ditekankan tentang pengambilan kalsium dalam diet. Lepas bersalin dan menyusukan baby, langsung tak peduli tentang kalsium balik...NO..No..No. Pengambilan kalsium haruslah kerap.
 
Jom tingkatkan pengambilan kalsium.
Shaklee ada OSTEMATRIX. 4 biji tablets bersamaan dengan 1000 mg kalsium. Tips untuk penyerapan kalsium dengan lebih baik, ambil tidak lebih dari 500mg sekali makan. Jadi, 2 tabs pagi, 2 tabs malam. Cukuplah 4 tabs
 
Your Shaklee Independent Distributor,
Aida | 0122612218 |
fb: Nur Aidawaty

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...