My precious: mealshake
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Showing posts with label mealshake. Show all posts
Showing posts with label mealshake. Show all posts

02 November 2014

PTB 1: Cadangan snek/ makanan yang patut diambil selepas bersenam

Bismillah|


Minggu ni Insyaallah nak berkongsi tips tips untuk kita kita yang mahu turunkan berat badan secara sihat. 
turun berat badan, shaklee,

Seperti yang kita tahu exercise/ workout adalah elemen penting dalam proses menurunkan berat badan. Cuma kadang kadang selepas jogging/workout kita pergi makan ROTI CANAI, NASI LEMAK dan TEH TARIK. Sedangkan apa yang kita ambil selepas exercise memberikan impak besar dalam mencapai impian berat badan yang kita mahukan. Di sini saya senaraikan beberapa panduan yang boleh diikuti:

1. Minum 400-500 ml air sejurus selepas bersenam. Consider untuk mengambil air yang kaya dengan electrolytes jika kita mahu menggantikan air dan mineral yang hilang semasa bersenam.

2. mengambil makanan sederhana per hidangan. Mungkin agak sukar untuk mengagak berapa banyak yang kita perlukan. Di antara rules of thumb makanan yang patut diambil:
 * mengambil makanan 50% daripada kalori yang telah dibakar semasa bersenam
 * tidak mengambil processed food
 * mengambil sekurang-kurangnya 60 % karbohidrat daripada meal yang diambil 
 * 10-15 gram daripada protein
 * kurangkan mengambil lemak (fat)

3. Masa untuk makan selepas bersenam adalah antara 30 mins dan 2 jam. Sebaiknya ambil cecair seperti smoothies, shakes atau susu chocolate atau energy bar

Cadangan snek/makanan yang diambil selepas bersenam:
1. roti atau muffin
2. kismis atau kekacang
3. jus buah dengan cheese
4. yoghurt
5. omelette sayuran dengan toast
6. susu chocolate
7. susu dan bijirin
8. roti telur
9. sandwich
10. biskut crackers dan keju rendah lemak
11. popcorn
12. smoothies dengan tambahan protein
13. protein shake
14. pancakes
15. meal biasa yang mengandungi protein, kanji dan sayuran

Fuh,,,
Pada saya, saya cadangkan mengambil Performance drink Shaklee, Shake ESP+cinch+mealshake Shaklee, cinch tea mix Shaklee.

Nanti saya kongsikan bagaimana mereka ini dapat memenuhi pengambilan makanan yang perlu selepas bersenam.

Stay tune..
Stay healthy, stay positive uols

20 September 2014

Untuk ibu dan anak sihat dan ceria


Bismillah|

Selalu dengar mealshake set untuk anak anak. Tetapi sebenarnya MEALSHAKE adalah untuk semua. Ianya lengkap dengan semua vitamin yang diperlukan baik untuk anak anak atau ibu atau si diet atau sekadar inginkan kesihatan yang menyeluruh. 

Di sini saya senaraikan contoh pengambilan set mealshake untuk yang memerlukan:

Mealshake +ESP+Performance Drink ---> set puasa
Mealshake +Chewable vit c ----> anak picky eater
Mealshake +vit c + b complex +ostematrix + alfafa ----> set ibu menyusu
Mealshake+vit c+ B complex+zinc ---> set ibu berpantang
Mealshake + Vit c + B complex+Ostematrix ----> set ibu hamil
Mealshake+vitamin e+B complex +vit c ----> set kulit cantik

Kalau tak cuba kita tak tahu.

Stay healthy, stay positive...

07 July 2014

Tips buat mereka yang ada gastrik

Bismillah..

Cerita tentang gastrik ni memang saban tahun dengar lebih-lebih lagi bila Ramadan tiba.

Orang yang menderita gastrik sahaja yang akan tahu. Orang yang tak sakit gastrik bolehlah kata macam-macam...blablabla. Saya menjaga orang yang ada gastrik dan saya tahu merata saya cari penawar untuk meredakan gastrik di bulan Ramadan. Ubat doctor memang banyak dan memang makan. Tapi yang hiba tu, kalau puasa melepek je sebab sakit perut rasa mual-senak-bloating. Doktor pernah cakap ada satu trick untuk gastrik. Masa berbuka minum susu/dairy product/vege dulu. Supaya asid dalam perut tu akan dirembeskan awal untuk mencernakannya. Tapi dah berbuka mestilah lapar kan. Keberkesanan nya hanyalah sekejap je. Makan juga macam biasa. Kadang-kadang gastrik ni boleh membuatkan cirit birit. Lagi dehydrate.

Untuk tahun ni, saya pujuk juga untuk minum ESP masa berbuka. Sebelum makan berat. Untuk 'tipu' asid dalam perut. The best is ESP memang mengenyangkan sebab protein. Alhamdulillah. Syukur, plan menjadi. Masa bangun bersahur saya tanya dia balik..."Rasa perut macam mana. Rasa banyak angin tak?"... "hmm..ok..dah tak rasa pelik dalam perut. normal je rasa"... Alhamdulillah. rasa macam nak melompat. Masa sahur saya bancuh ESP dan performance drink dan saya letak sikit mealshake. Performance drink ni untuk bagi dia tak dehydrate atau nampak lesu. Kerja terdedah dengan matahari kekadang menyebabkan air dalam badan cepat hilang. Sebenarnya duduk dalam aircond seharian juga boleh menyebabkan dehydrate juga.

Ini memang testimoni panas dari oven.


20 May 2014

Mealshakes - kawan baik kanak-kanak aktif

Bismillahirrahmanirrahim

Anak kita picky eater?
Anak kita kurang gemar sayur?
Anak kita menderita eczema?
Anak kita kurang berat badan?
Anak kita kurang selera makan?
Anak kita sering tak sihat?

Macam-macam perihal mereka ni kan.
Jangan lupa Senyum dan Syukur.
Mereka hadir dalam hidup kita. Tetapi bila mereka tidak sihat dan mempunyai masalah-masalah di atas, boleh merunsingkan hati. Kalau kita sedang mencari suplemen sesuai untuk mereka supaya kekal sihat dan aktif, JOM cuba suplemen dari SHAKLEE ni. Insyaallah, dengan cara makan yang betul, mungkin dapat mengurangkan masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak kita.


Boleh fikirkan pilihan yang mana yang sesuai. Untuk mereka dan juga untuk si ibu yang akan melayan keletah mereka.
:)

19 May 2014

Tips kanak-kanak sihat dan antibodi kuat

Bismillahirrahmanirrahim
 
Anak-anak kita memang mudah terdedah dengan kuman dan persekitaran. Sebab : Mereka bermain, explore dunia dengan deria mereka dan ianya tentu baik untuk kecerdasan otak dan emosi. Tetapi, kuman-kuman sekarang semakin berevolusi. Apakah yang kita sebagai ibu bapa perlu lakukan. Biarkan sahaja mereka terdedah dengan bahaya kuman tanpa perlindungan?
 
Shaklee menawarkan perlindungan untuk kanak-kanak.
MEALSHAKES, CHEWABLE VITAMIN C dan OMEGAGUARD
 
Mealshakes

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
 
 
Chewable Vitamin C
 
Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil. Hanya 100 mg dalam sebiji tab.

 
OmegaGuard
 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan
 
 
Hanya ibu bapa yang prihatin akan memberikan yang terbaik pada anak-anak. Semoga mereka mendapat khasiat dari suplemen-suplemen ini dalam masa mereka membina antibody badan mereka.
 
 

 
 


06 March 2012

Mama, Mira nak minum lagi..




Situasi : Pagi sebelum pergi sekolah

Mira : Mama, mira nak lagi yang mama bancuh dalam susu Mira tu.
Mama : Yang mana?
Mira : Yang mama bagi semalam.
Mama : owwh.. MEALSHAKE tu. Mama ingat nak bagi Mira selang sehari minum. Tapi best ye? Oklah

Saya pun bancuh dan sekarang, hampir setiap pagi dia akan minum bancuhan Mealshake.
Amirah, anak saya yang sulung memang tidak gemar makan pagi seawal jam 7. Puas saya berfikir, apa nak bagi supaya dia mendapat bekalan zat yang mencukupi sepanjang persekolahan dia. Agar otaknya cerdas dan dia pun cergas (Semua ibu nak anaknya sihat kan!). Tambahan pula, Amirah ada sejarah kesihatan yang tak berapa bagus. Ada seasonal athma, alahan dengan makanan yang tinggi colouring preservative, selalu admitted hospital hampir setiap tahun dari dia berumur setahun setengah. Sampai dia berumur hampir 8 tahun ni, saya dah cuba macam-macam. Suplemen, madu, ubat tak usah cakap.

Alkisahnya, saya nak cari suplemen untuk bekalkan dia nutrien yang cukup awal pagi. Saya cuba contact kawan lama, Cery. Dia suggestkan MEALSHAKE Shaklee. Saya pun beli dan cuba. ALhamdulillah. Rupa-rupanya MEALSHAKE ni tak terhad pada membekalkan nutrisi tetapi juga dapat meningkatkan antibodi anak saya. Alhamdulillah, badan dia dapat control sikit bila ada demam atau flu. Saya consistently bagi air madu dan MEALSHAKE ni.


Gambar diambil dari blog mamafaiz.com

Fungsi keseluruhan MEALSHAKE ini boleh dibaca melalui blog kawan saya Cery, mamafaiz.com

Terima kasih kerana kenalkan saya dengan MEALSHAKE Shaklee ni. ! (Sekarang saya dah jatuh cinta dengan rangkaian produk Shaklee ni. Nanti saya cerita kisah yang lain pula)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


Best regards.... Aida

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...