PTB 1: Cadangan snek/ makanan yang patut diambil selepas bersenam | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

02 November 2014

PTB 1: Cadangan snek/ makanan yang patut diambil selepas bersenam

Bismillah|


Minggu ni Insyaallah nak berkongsi tips tips untuk kita kita yang mahu turunkan berat badan secara sihat. 
turun berat badan, shaklee,

Seperti yang kita tahu exercise/ workout adalah elemen penting dalam proses menurunkan berat badan. Cuma kadang kadang selepas jogging/workout kita pergi makan ROTI CANAI, NASI LEMAK dan TEH TARIK. Sedangkan apa yang kita ambil selepas exercise memberikan impak besar dalam mencapai impian berat badan yang kita mahukan. Di sini saya senaraikan beberapa panduan yang boleh diikuti:

1. Minum 400-500 ml air sejurus selepas bersenam. Consider untuk mengambil air yang kaya dengan electrolytes jika kita mahu menggantikan air dan mineral yang hilang semasa bersenam.

2. mengambil makanan sederhana per hidangan. Mungkin agak sukar untuk mengagak berapa banyak yang kita perlukan. Di antara rules of thumb makanan yang patut diambil:
 * mengambil makanan 50% daripada kalori yang telah dibakar semasa bersenam
 * tidak mengambil processed food
 * mengambil sekurang-kurangnya 60 % karbohidrat daripada meal yang diambil 
 * 10-15 gram daripada protein
 * kurangkan mengambil lemak (fat)

3. Masa untuk makan selepas bersenam adalah antara 30 mins dan 2 jam. Sebaiknya ambil cecair seperti smoothies, shakes atau susu chocolate atau energy bar

Cadangan snek/makanan yang diambil selepas bersenam:
1. roti atau muffin
2. kismis atau kekacang
3. jus buah dengan cheese
4. yoghurt
5. omelette sayuran dengan toast
6. susu chocolate
7. susu dan bijirin
8. roti telur
9. sandwich
10. biskut crackers dan keju rendah lemak
11. popcorn
12. smoothies dengan tambahan protein
13. protein shake
14. pancakes
15. meal biasa yang mengandungi protein, kanji dan sayuran

Fuh,,,
Pada saya, saya cadangkan mengambil Performance drink Shaklee, Shake ESP+cinch+mealshake Shaklee, cinch tea mix Shaklee.

Nanti saya kongsikan bagaimana mereka ini dapat memenuhi pengambilan makanan yang perlu selepas bersenam.

Stay tune..
Stay healthy, stay positive uols

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...