My precious: anekdot
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Showing posts with label anekdot. Show all posts
Showing posts with label anekdot. Show all posts

25 August 2012

Syawal pun tiba (1433H)


Setelah sebulan menjalani ibadah puasa, Syawal pun tiba.
Kanak-kanak nampak seronok kerana dapat bermain bunga api (bukan mercun tau).

Sebenarnya kanak-kanak memang sentiasa seronok tak kira masa raya atau hari-hari lain. Sebab mereka tidak terdedah lagi dengan erti ibadah puasa yang sebenar.
Pada yang dewasa ini, nak tahu kita gembira atau sedih dengan tibanya Syawal, kita boleh rasakan getarnya.
Adakah rasa sebak? seronok tak terkata? biasa-biasa sahaja?
Apapun perasaan terpulang pada individu.
Yalah, Allah tak kata orang yang masuk syurga ialah orang yang sedih meninggalkan Ramadan. Ramadan akan tiba dan berlalu pergi. Yang penting, adakah diri kita mendapat impak daripadanya.
Perbezaan dulu dan sekarang. Perbezaan diri lahiriah sebelum dan selepas Ramadan. Perbezaan dalam diri sebelum dan selepas Ramadan.
Meet Key Performance Index tak?
Macam  mana lagi kita nak evaluate diri kita. Muhasabah -kata arabnya.
Kalau kita ni selalu lepak-lepak dengan kaum kerabat Syaitan, mungkin kita merindui mereka. Yalah, kawan baik. Semasa makan, minum, bercakap, berfikir, berfesyen, berjalan-jalan, tidur dan etc etc.
Masa Ramadan, selalu sangat Malaikat datang menegur dan bertanya khabar dengan kita. Tunggu dengan setia, kalau-kalau kita bangun malam, solat sunat dan baca quran. Kalau kita tak biasa, mereka temankan kita berjaga malam. Agaknya bila Ramadan tinggal beberapa hari lagi, mereka lihat wajah dan hati kita. Adakah kita akan macam tu lagi nanti. Istiqamah kah kita? Allahu Akbar.

Hati kita ni betul-betul keras kan.
Orang sudi bagi nasihat pada kita pun, kita tak suka.
Orang sudi bagi peringatan pada kita pun, kita benci dia.
Orang sudi cakap baik-baik pada kita pun, kita usir dia.
Orang yang sudi buat amal kebajikan pada kita tu ada hati dan perasaan juga. Kalau kita ni adalah di kalangan yang mereka sayang dan ambil berat, mesti mereka rasa 'down'.
Bukan itu sahaja.Kalau kita ni ada hati nak berubah pun kena juga.
Orang perlekeh-lekehkan kita lagi bila kita baru nak rasa jadi baik, cakap baik-baik, cakap satu dua term bahasa arab pun kena cerca. Pelik betul dah manusia ni.

Memang ujian dan dugaan bila nak jadi baik ni. nak jadi baik ni bukan maksudnya, duduk diam-diam tak boleh buat apa pun. Bukan juga bermaksud jadi malaikat. Kena 'mingle' around juga. nak jadi baik ni, maksudnya nak ubah tabiat dan habitat kita supaya jadi lebih elok. Kenapa? Jadi baik ni bawa masalah kepada orang lain kah? Baguslah kita atau ada kawan macam tu. Dah tu ustaz/ustazah yang bagi nasihat pun kita marah, ada kawan nak lebih baik pun kita tak suka, apa masalah kita ni? Rasa panas ye kat dalam hati, mata, telinga semua kah? Ingatlah , syaitan itu daripada api. Memang manusia tak jadi syaitan. Tapi kalau rasa membara je dalam hati dan telinga tu bila ada orang cakap dan buat baik  kat kita, tak ke ada ciri-ciri api dalam diri kita? Hohoho..

p/s Tak suka api dalam sekam. :)


lots of love , akirahumaira

08 August 2012

Ramadan semakin hampir ke penghujungnya

Dah jadi trend, bila mula menjenguk malam-malam terakhir Ramadan, semua berebut-rebut nak tulis artikel, status fb, twitter, entri blog dan etc tentang malam lailatulqadar dan di mana kedudukan kita dari segi amalan. Saya pun tak terkecuali kerana menulis entri ini. Walaupun ada sebilangan yang menempelak dan menyindir bagai kerana melihatkan seperti ingin riak dan menunjuk-nunjuk seperti kita ni alim dna semakin jadi baik, saya suka melihat dari sisi positif. Apa salahnya jika ianya membawa hati kita ke arah kebaikan. Mudah-mudahan lembut juga hati kita yang semakin keras dan gelap ini. Alhamdulillah. (Terima kasih pada semua yang sering memberi peringatan di alam siber tak kira siapa anda. )


Semua orang tahu, Ramadan ini berfasa. Dan fasa terakhir adalah misi mencari lailatulqadar. Semestinya ada yang berkata , asal ramadan saja semua sibuk nak mencari lailatulqadar. Nanti lepas Ramadan semua kembali jadi normal/tak baik sangat. Pada saya, mujur juga tergerak hati nak mencari lailatulqadar daripada yang suka komplen dan kritik tu, apalah yang dapat. Semoga Allah lembutkan hati orang-orang sebegini. Takkan nak doakan , kalau nak sangat neraka tu, ambillah!!.

Pada yang benar-benar menghayati Ramadan, sebenarnya saya berpendapat Allah juga mengajar kita dalam hidup ini juga berfasa. Contohnya, fasa bayi-dewasa-tua, tak tahu- tahu- pakar, taaruf-tafahum-takaful. Pada sesiapa yang tengah sambung belajar/research, fasanya adalah literature review - methodology -application. Atau boleh juga kenal-faham-buat. hehehhe.. Secara menyeluruh, hampir kesemua perlakuan, perwatakan dan yang bernama hidupan melalui fasa-fasa tertentu. Bila saya perasan perkara ini saya insaf sendiri. Jika begitu, saya dah masuk fasa dewasa dan selepas ini fasa tua. Jika dalam bulan Ramadan, fasa terakhir adalah pembebasan api neraka, adakah fasa tua saya akan dapat mencapai kedudukan itu? Allahu Akbar...

Semoga kita semua mendapat keberkatan malam lailatulqadar. (Kalau jumpalah. Insyaallah)







27 July 2012

Facebooking, Liking, Tagging


Entri ini ditulis apabila terfikir sejenak ketika mendengar lagu (tak ingat lah pulak tajuk lagu tu tapi yang ada lirik facebooking, liking2 , tagging2 dan etc etc)
Setiap kali dengar lagu ni saya mesti tersengih-sengih ( sori kalau saya menunjukkan ketidak thiqahan kerana mendengar lagu-lagu non-nasyid tapi saya suka dengar dan amati lirik-lirik lagu)
Walaupun pada asalnya lagu ni cerita tentang 'gf' dia dalam facebook or no matter what it is,
cuma yang saya nak cerita di sini tentang facebook dan isi kandungannya, law of attraction.
Suasana facebook dah macam budaya dan mungkin tanda teknologi maklumat sudah mengglobalkan dirinya.

Kembali ke belakang sedikit di mana kita hanya kenal handphone biasa. No smartphone, no iPad, no android dan etc. Masa tu tiada siapa peduli untuk ambil gambar bila sampai makanan yang dipesan di restoran-restoran, nampak perkara pelik, buat benda kreatif , kejayaan yang dicapai, momen bersama keluarga dan pelbagai lagi. Macam iklan saat-saat indah bersama corneto.

 Tapi bila facebook dah semakin mendapat tempat di hati semua orang , keluarlah segala gadget high tech bagai itu kan. Dan after that keluarlah pula terminologi narcisis, alkisah rumahtangga di FB, dosa dan pahala dan bla bla bla. Itu belum lagi, iklan-iklan bisnes, grafik-gafik dakwah mahupun petikan kata-kata. (Saya tidak melakukan  kajian tentang kronologi teknologi booming out..hehhehe)

Okay saya dah merapu banyak. Sori.
Apa yang saya nak cerita adalah, dulu kita hanya ada TV untuk sebarkan maklumat. Kena tunggu pukul 8 malam untuk tahu apa yang berlaku di sekeliling. Beli suratkhabar untuk baca berita yang berlaku di sekeliling tetapi sekarang semakin mudah. Boleh dibaca 'on the go'. Begitu teknologi semakin berkembang biak. Walau apapun aplikasinya, teknologi adalah alat sepertimana televisyen, radio, komputer, jam, telefon dan etc.Jika kita menggunakannya untuk tujuan yang baik, maka baiklah produknya. Jika kita menggunakannya untuk tujuan tidak baik, maka hasilnya juga tidak baik. Samalah juga dengan facebook. Walaupun di'claim' dibina oleh orang yahudi dan janganlah diperhambakan dengannya, so ada ke teknologi yang dibina oleh orang Islam? Huhuhu.

Saya lebih nampak, facebook adalah salah satu medium untuk sebarkan perkara-perkara baik. Lagipun, Nabi pun bersabda, sebarkanlah walau satu ayat. Tak ada pun dinyatakan kalau nak sebarkan perkara baik kena tunggu jadi baik dulu. Definasi baik pun kabur, apatah lagi nak hukum orang atau diri sendiri baik kan!
Yang penting ada usaha ke arah menjadi lebih baik.

Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam. Itu lah yang dipanggil CQI (Continuous Quality Improvement).
Gambatte kudasai!!

LOL,
akirahumaira.com

20 July 2012

Sejarah terbangunnya blog ini



Hahahaha...
Entah apa-apa saya ini.
Sebenarnya terasa rindu untuk menulis di blog al-jazari.blogspot.com ini.

Saya sudah mempunyai blog yang lain iaitu http://www.akirahumaira.com/ yang banyak memuatkan grafik tentang kembara, ulasan buku, ekspresi dan karya kreatif (certot dan puisi). Ada juga saya selitkan grafik-grafik inspirasi untuk memberi kata-kata positif dalam hidup (yang boleh disimpan dan dicetak untuk dipamerkan di ruang peribadi atau di meja kerja..sekadar memberikan beberapa pandangan). Tetapi di blog itu saya menghadkan hanya untuk grafik dan karya kreatif sahaja. Tiba-tiba saya jadi rindu untuk menulis apa sahaja pendapat, luahan (hey, ini negara yang mempunyai kebebasan bersuara kan) .

Mungkin sesetengah orang berkata, BLOG BUKAN DIARI OK! Kenapa nak tulis apa yang berlaku dalam hidup awak. Tak ada sesiapa pun nak tahu pasal susur galur hidup awak, susah senang hidup awak lah!  Ya, saya tahu. Apa sahaja yang saya tulis terbuka pada umum . Open to PUBLIC and also Open to DISCUSSION. Lain padang lain belalang. Lain orang lainlah pendapatnya (Suka hati sahaja ubah peribahasa..hahaha) Lagipun, disebabkan bukannya ada orang nak tahu pun tentang apa yang berlaku dalam hidup saya, itu sebab saya tulis dalam BLOG ini. (Adakah saya seperti menjerit?)

Saya mahu tulis perkara-perkara yang menarik yang berlaku dalam hidup saya dari saat ini. Tentunya ada kan. setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun (ini saya petik dari kata-kata mentor saya).
Saya rasa saya mahu generasi saya seterusnya dapat membacanya sebagai satu sejarah! (Wah, macam lah happening sangat yang berlaku dalam hidup tu kan)

Pernah seseorang berkata pada saya, "Awak ni ada je masa nak menulis blog, update facebook, twitter ye? Kan lebih baik, pergi solat sunat, mengaji dan etc etc "
Betul, dan sangat betul. Tapi ini minat dan passion saya iaitu MENULIS. Jadi saya gunakan medium yang ada dan sesuai untuk saya lakukan apa yang saya minat. Untuk orang di luar sana yang juga ingin menanyakan perkara yang sama, saya juga ingin bertanya " Awak ada minat tak? contoh, suka memasak kek/cupcake ke, tengok tv ke, main tenis ke, SHOPPING ke..or whatever yang awak semua suka. Kenapa tak gunakannya masa yang ada tu untuk solat sunat ke, mengaji ke?"

Hah!. Nampak tak persamaan dan perbezaannya.

Alamak, terpanjanglah pula entri ini. Hehehe. Blog ini asalnya untuk menulis momen-momen yang berlaku dalam family saya. Selepas itu, saya rasa mahu untuk menulis entri tentang child development dan rumahku syurgaku. Selepas itu pula, saya rasa seperti ingin jadikan blog ini untuk menulis testimoni kesihatan dan bagaimana menjaga kesihatan. Bila anak-anak dah besar sikit, rasa best pula menulis tentang dialog-dialog lucu dan membina jiwa yang diucapkan oleh anak-anak saya. Dan sekarang saya rasa, saya ingin membina blog ini untuk menulis ANEKDOT dari pemerhatian saya tentang masyarakat sekeliling dalam bentuk tulisan.

Walau apapun, terpulanglah nak tulis apa kan. Ini kan blog saya. Blog ibu kepada anak-anak saya, yang bekerja juga dan menjadi pejuang muslimah juga. Lagipun, saya menulis bukan kerana nama, pangkat atau wang ringgit. Hanya kerana suka MENULIS..

akirahumaira.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...