Entah apa-apa saya ini.
Sebenarnya terasa rindu untuk menulis di blog al-jazari.blogspot.com ini.
Saya sudah mempunyai blog yang lain iaitu http://www.akirahumaira.com/ yang banyak memuatkan grafik tentang kembara, ulasan buku, ekspresi dan karya kreatif (certot dan puisi). Ada juga saya selitkan grafik-grafik inspirasi untuk memberi kata-kata positif dalam hidup (yang boleh disimpan dan dicetak untuk dipamerkan di ruang peribadi atau di meja kerja..sekadar memberikan beberapa pandangan). Tetapi di blog itu saya menghadkan hanya untuk grafik dan karya kreatif sahaja. Tiba-tiba saya jadi rindu untuk menulis apa sahaja pendapat, luahan (hey, ini negara yang mempunyai kebebasan bersuara kan) .
Mungkin sesetengah orang berkata, BLOG BUKAN DIARI OK! Kenapa nak tulis apa yang berlaku dalam hidup awak. Tak ada sesiapa pun nak tahu pasal susur galur hidup awak, susah senang hidup awak lah! Ya, saya tahu. Apa sahaja yang saya tulis terbuka pada umum . Open to PUBLIC and also Open to DISCUSSION. Lain padang lain belalang. Lain orang lainlah pendapatnya (Suka hati sahaja ubah peribahasa..hahaha) Lagipun, disebabkan bukannya ada orang nak tahu pun tentang apa yang berlaku dalam hidup saya, itu sebab saya tulis dalam BLOG ini. (Adakah saya seperti menjerit?)
Saya mahu tulis perkara-perkara yang menarik yang berlaku dalam hidup saya dari saat ini. Tentunya ada kan. setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun (ini saya petik dari kata-kata mentor saya).
Saya rasa saya mahu generasi saya seterusnya dapat membacanya sebagai satu sejarah! (Wah, macam lah happening sangat yang berlaku dalam hidup tu kan)
Pernah seseorang berkata pada saya, "Awak ni ada je masa nak menulis blog, update facebook, twitter ye? Kan lebih baik, pergi solat sunat, mengaji dan etc etc "
Betul, dan sangat betul. Tapi ini minat dan passion saya iaitu MENULIS. Jadi saya gunakan medium yang ada dan sesuai untuk saya lakukan apa yang saya minat. Untuk orang di luar sana yang juga ingin menanyakan perkara yang sama, saya juga ingin bertanya " Awak ada minat tak? contoh, suka memasak kek/cupcake ke, tengok tv ke, main tenis ke, SHOPPING ke..or whatever yang awak semua suka. Kenapa tak gunakannya masa yang ada tu untuk solat sunat ke, mengaji ke?"
Hah!. Nampak tak persamaan dan perbezaannya.
Alamak, terpanjanglah pula entri ini. Hehehe. Blog ini asalnya untuk menulis momen-momen yang berlaku dalam family saya. Selepas itu, saya rasa mahu untuk menulis entri tentang child development dan rumahku syurgaku. Selepas itu pula, saya rasa seperti ingin jadikan blog ini untuk menulis testimoni kesihatan dan bagaimana menjaga kesihatan. Bila anak-anak dah besar sikit, rasa best pula menulis tentang dialog-dialog lucu dan membina jiwa yang diucapkan oleh anak-anak saya. Dan sekarang saya rasa, saya ingin membina blog ini untuk menulis ANEKDOT dari pemerhatian saya tentang masyarakat sekeliling dalam bentuk tulisan.
Walau apapun, terpulanglah nak tulis apa kan. Ini kan blog saya. Blog ibu kepada anak-anak saya, yang bekerja juga dan menjadi pejuang muslimah juga. Lagipun, saya menulis bukan kerana nama, pangkat atau wang ringgit. Hanya kerana suka MENULIS..
akirahumaira.com
No comments:
Post a Comment