My precious: WAHM
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Showing posts with label WAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM. Show all posts

12 August 2014

Memilih part time/ full time business yang sesuai

Bismillah |


Setiap satu pekerjaan ada cabarannya. Ianya berkisar tentang niat, fokus dan way forward.

Saya seorang yang bekerjaya tapi masih ingin membuat part time business bukan kerana GILAkan duit. Duit ni DUNIA je. Allah akan beri rezeki kepada yang Dia kehendaki.

Saya pilih business shaklee sebagai sampingan kerana:
1. sunnah Rasulullah untuk berniaga
2. tidak memerlukan modal yang besar. Hanya rm65 seumur hidup.
3. mempunyai mentor yang berpengalaman dan praktikal.
4. kumpulan networking yang sentiasa mengajak untuk mendekatkan diri kepada Allah
5. tidak mengganggu fokus saya kepada kerja hakiki atau kerja tetap saya
6. 80% masa adalah online coaching. Tidak memerlukan bergerak ke program-program bisnes ke luar rumah selalu
7. hasil bonus tidak memerlukan melepasi sesuatu ranking untuk mendapatkannya (untuk minimum bonus). Lagi kuat bekerja lagi banyak bonus yang dapat
8. tidak bergantung kepada headhunting atau berapa jualan downline
9. kekuatan bisnes adalah produk
10. Jenama produk adalah yang sudah dikenali ramai dan lama serta disahkan mengikut piawaian keselamatan dan halal
11. hidup menjadi lebih terurus dan positif sepanjang bisnes ini. (Ini memang magika yang tak boleh dirasakan daripada bisnes model yang lain)
12. tak perlu tinggalkan anak-anak sewaktu berjumpa dengan mentor
13. berpeluang meneroka lebih lagi tentang kekuatan dan kelemahana diri
14. berpeluang membantu orang lain untuk mengubah keadaan kewangan keluarga

Sebenarnya saya merasakan ada banyak lagi sebab. Tak terlist kat sini.
Tapi, serius saya katakan. Pilihlah dengan bijak.

lapangan terbang schiphol, armsterdam


08 August 2014

Trend suri rumah berpendapatan

Bismillah |


"Saya ni tak bekerja..duduk rumah je.."
"Saya tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak dengan pengasuh..."
"Susahnya nak cari bibik / maid sekarang ni. Tapi kalau berhenti kerja dan duduk di rumah nanti tak dapat nak belikan apa-apa untuk anak-anak"
"Saya ni rasa tak best kalau tak berduit.."
"Saya kena kerja sebab suami saya tak bergaji besar"
...
...
blablabla...
Seribu jawapan dan seribu alasan bila diajukan dilema ibu bekerja. Hakikatnya, ibu bekerja mempunyai tanggungjawab yang lebih besar kerana perlu melaksanakan tugas yang diberi majikan di samping menguruskan rumah tangga, anak-anak dan sebagainya. 
Tetapi, jika tidak bekerja dan duduk di rumah sahaja bukanlah dipandang hina kerana Rasulullah juga telah bersabda sebaik-baik isteri itu tempatnya di rumah. 
Kalau nak bekerja di rumah?...tafadhal..silakan.
Tapi bagaimana? Haa... ini kena belajar dan berguru. Ada ilmu baru lah kita dapat berstrategi dan maju ke hadapan.

Tips bekerja di rumah
1. Niat yang betul -natijahnya pun akan betul
2. Secara maya dahulu (online dan COD -Cash on delivery) - kena ada internet line, laptop/desktop, handphone/smartphone (invest untuk bayar bil bulan-bulan)
3. focus dan target secara berkala (daily, weekly, monthly, yearly)
4. mentor yang baik dan helpful
5. self-motivation yang tinggi ( kalau selalu down macamana nak buat business)
6. tahu kekuatan dan kelemahan diri (Kalau tak tahu pegi cari mentor dan tanya)
7. Business model yang sesuai (lebih banyak di rumah daripada keluar rumah. Kalau keluar rumah pun boleh bawa anak-anak. Kalau tinggalkan anak-anak dah tak meet objektif bekerja dari rumah sebab nak jaga anak-anak sendiri) 
8. tinggi kebergantungan dengan Allah (buat business bukan semata untuk diri sendiri tapi biarlah semakin dekat dengan Allah)

Itu sahaja yang terfikir masa tulis entri ini. Mungkin ada lagi.
Jemput tambah di komen entri ni.... :)

Bagi yang sedang bekerja dan terfikir untuk menjadi WAHM (working from home mother) boleh baca artikel ini. tentang apa yang anda perlu tahu sebelum berhenti kerja. Klik di SINI.

supermom surirumah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...