My precious: breastfeeding
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

17 June 2014

Khasiat Vitamin E

Bismillahirrahmanirrahim..

Insyaallah nak citer sikit tentang hot sale bulan ni iaitu..... VITA E COMPLEX.
Ada sebab dinamakan complex . Meh saya citer sikit. VITA E Complex ini mengandungi:
  • 400 iu dalam sebiji kapsul
  • ekstrak biji anggur
  • selenium
Ia adalah vitamin E yang bersekali dengan selenium di mana sangat baik untuk penyerapan yang optimum. Ekstrak biji anggur pula mengandungi salah satunya polifenol iaitu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Kandungan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik dari vitamin C. Ia juga dapat meningkatkan imun badan, mengurangkan paras kolesterol, menghalang pembentukan darah beku dan melegakan urat tegang. Selain daripada itu ekstrak biji anggur dapat melambatkan penuaan dan membantu kulit lebih anjal.

Vitamin E juga diberi jolokan nama Vitamin Cinta untuk suami isteri. Kenapa?
Sebab ianya juga adalah agen reproduktif lebih-lebih lagi untuk lelaki. Ianya dapat meningkatkan pengeluaran air mani seorang lelaki. Boleh baca penerangan lanjut tentang vitamin cinta ni dari blog mamafaiz. Panjang lebar penerangan yang diberikan.

Oh! Jangan risau tentang toksin kerana lebihan vitamin E dalam tubuh badan. Ini kerana 60-70% vitamin E akan disingkirkan daripada tubuh badan setiap hari.

Vita-E Complex jelas semulajadi, selamat dimakan dan digalakkan kepada wanita hamil, ibu menyusukan anak, yang mengambil pil hormone dan yang melalui fasa menopause.

Saya pilih Vita-E Complex Shaklee...kerana kandungannya yang lengkap untuk tubuh badan. Anda pun boleh memilihnya sebagai sebahagian suplemen anda.

Saya akan share lagi tentang Vitamin E ni.. sehingga berjumpa di lain entri..





21 May 2014

Sumber penggalak susu

Bismillahirrahmanirrahim
 
Salam ceria. Saya ada terbaca tentang penggalak susu atau galactagogue. Haa.....tau tak pasal galactagogue ni? Ni lah sumber untuk penghasil susu untk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi. Nak tau apa dia?
1. Alfafa
2. Habbatussauda
3. Fenugreek (halba)
 
Sebab tu orang masa pantang minum dan makan herba-herba. selain daripada untuk energi maksima, juga untuk melancarkan proses penghasilan susu. Shaklee ada mengeluarkan produk suplemen Alfafa Complex.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.
Kelebihan alfafa bukan sahaja untuk penggalak susu, tetapi untuk detoxifikasi juga. Mereka-mereka yang ingin turunkan berat badan juga digalakkan mengambil Alfafa Complex untuk detox.
 
Alfafa tidak sesuai kepada orang yang emngalami SLE. Sila buat konsultansi sebelum mengambil apa-apa produk suplemen.

21 April 2014

Penyusuan bayi secara eksklusif

 
Bismillahirrahmanirrahim
 
Pertama kali saya dengar tentang breastfeeding eksklusif ni masa mengandungkan anak pertama. Sahabat sekerja saya tanya, "Nanti lepas bersalin, plan nak breastfeeding eksklusif atau non-eksklusif?". Melopong sekejap dengar...hihi..punyalah ketinggalan bas saya ni. Alhamdulillah, sekarang anak pertama tu dah umur 10 tahun dan saya pun sudah mengalami beberapa siri menyusukan bayi. Masa anak pertama memang cepat mengalah apabila dengar baby nangis sebab susu tak meriah dan pekat (baca mengenyangkan). Runtun hati saya. Sampai 1 tahun 6 bulan je, itupun non-eksklusif. Bukan susu ibu penuh. Tapi yang kedua, dah cerdik sikit, saya usahakan pam kerap dan breastfeed di samping minum air dengan kerap. Dapat eksklusif 6 bulan pertama dan baby menyusu hingga 4 tahun!!! Masyaallah..:)
 
Rupa-rupanya, zaman canggih sekarang ni ada ikhtiar untuk banyakkan susu ibu di samping pekatkan susu. Shaklee ada menawarkan rangkaian produk vitamin untuk support penyusuan secara eksklusif ni. tak adalah macam saya dulu makan jamu dan akar kayu..
 
 
Jika anda sedang hamil sekarang, rancang dari awal suplemen yang akan diambil selepas bersalin nanti untuk anak tersayang. Jangan segan hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang set penyusuan dengan vitamin Shaklee. Selamat, halal dan semulajadi.
 
Puan Aida [SID 880307]
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...