Tips ketika membasuh beras | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

16 June 2014

Tips ketika membasuh beras

Bismillahirrahmanirrahim..  Maaf kerana lama saya tak dapat nak update entri blog kerana pergi kembara sekejap dan tak sempat nak buat auto update entri blog. Di sini saya ingin kongsikan tips basuh beras terutama pada ibu-ibu yang memasak nasi dengan air tangannya sendiri. Basuh beras perlu berulang kali. Jadi, untuk mengisi masa mengosek beras tu, ibu sebaiknya berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran. Saya listkan bacaan terpilih (boleh juga nak tambah yang lain). Tapi ini adalah berdasarkan 5 kali basuh beras. Basuhan kali pertama-Membaca Surah Al-Fatihah (1x) 

Basuhan kali kedua-
Membaca ayat 1-5 Surah Toha (1x)


Basuhan kali ketiga-
Membaca ayat penggerak (3x)


Basuhan kali keempat-
Membaca ayat 87, Surah Al-Anbiya' (7x)



Basuhan kali kelima-Membaca selawat ke atas nabi (10x) 
 

Akhir sekali, niatkan apa-apa untuk anak-anak dan suami. Kebiasaannya tentang kesejahteraan kehidupan mereka dan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dalam kehidupan.

Semoga bermanfaat.

p/s Jika ada yang ingin menambah zikir/bacaan Al-Quran yang bagus mohon dikongsikan bersama.



gambar hiasan


 

4 comments:

  1. salam k aida..

    kalu basuh takat 2 kali ( kalu guna basmati) baca fatihah, selawat, ya latif dan doa nabi daud lembutkan besi ;)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian ZS. Betul2. Doa nabi daud boleh juga disisipkan dalam amalan membasih beras. Err... Kalau beras basmati memang basuh 2 kali je ye?

      Delete
    2. huhuhu....sbb beras tu bersih..setakat yg juju basuh paling byk pun 3kali...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...