Semua orang tahu, Ramadan ini berfasa. Dan fasa terakhir adalah misi mencari lailatulqadar. Semestinya ada yang berkata , asal ramadan saja semua sibuk nak mencari lailatulqadar. Nanti lepas Ramadan semua kembali jadi normal/tak baik sangat. Pada saya, mujur juga tergerak hati nak mencari lailatulqadar daripada yang suka komplen dan kritik tu, apalah yang dapat. Semoga Allah lembutkan hati orang-orang sebegini. Takkan nak doakan , kalau nak sangat neraka tu, ambillah!!.
Pada yang benar-benar menghayati Ramadan, sebenarnya saya berpendapat Allah juga mengajar kita dalam hidup ini juga berfasa. Contohnya, fasa bayi-dewasa-tua, tak tahu- tahu- pakar, taaruf-tafahum-takaful. Pada sesiapa yang tengah sambung belajar/research, fasanya adalah literature review - methodology -application. Atau boleh juga kenal-faham-buat. hehehhe.. Secara menyeluruh, hampir kesemua perlakuan, perwatakan dan yang bernama hidupan melalui fasa-fasa tertentu. Bila saya perasan perkara ini saya insaf sendiri. Jika begitu, saya dah masuk fasa dewasa dan selepas ini fasa tua. Jika dalam bulan Ramadan, fasa terakhir adalah pembebasan api neraka, adakah fasa tua saya akan dapat mencapai kedudukan itu? Allahu Akbar...
Semoga kita semua mendapat keberkatan malam lailatulqadar. (Kalau jumpalah. Insyaallah)
No comments:
Post a Comment