Setelah sebulan menjalani ibadah puasa, Syawal pun tiba.
Kanak-kanak nampak seronok kerana dapat bermain bunga api (bukan mercun tau).
Sebenarnya kanak-kanak memang sentiasa seronok tak kira masa raya atau hari-hari lain. Sebab mereka tidak terdedah lagi dengan erti ibadah puasa yang sebenar.
Pada yang dewasa ini, nak tahu kita gembira atau sedih dengan tibanya Syawal, kita boleh rasakan getarnya.
Adakah rasa sebak? seronok tak terkata? biasa-biasa sahaja?
Apapun perasaan terpulang pada individu.
Yalah, Allah tak kata orang yang masuk syurga ialah orang yang sedih meninggalkan Ramadan. Ramadan akan tiba dan berlalu pergi. Yang penting, adakah diri kita mendapat impak daripadanya.
Perbezaan dulu dan sekarang. Perbezaan diri lahiriah sebelum dan selepas Ramadan. Perbezaan dalam diri sebelum dan selepas Ramadan.
Meet Key Performance Index tak?
Macam mana lagi kita nak evaluate diri kita. Muhasabah -kata arabnya.
Kalau kita ni selalu lepak-lepak dengan kaum kerabat Syaitan, mungkin kita merindui mereka. Yalah, kawan baik. Semasa makan, minum, bercakap, berfikir, berfesyen, berjalan-jalan, tidur dan etc etc.
Masa Ramadan, selalu sangat Malaikat datang menegur dan bertanya khabar dengan kita. Tunggu dengan setia, kalau-kalau kita bangun malam, solat sunat dan baca quran. Kalau kita tak biasa, mereka temankan kita berjaga malam. Agaknya bila Ramadan tinggal beberapa hari lagi, mereka lihat wajah dan hati kita. Adakah kita akan macam tu lagi nanti. Istiqamah kah kita? Allahu Akbar.
Hati kita ni betul-betul keras kan.
Orang sudi bagi nasihat pada kita pun, kita tak suka.
Orang sudi bagi peringatan pada kita pun, kita benci dia.
Orang sudi cakap baik-baik pada kita pun, kita usir dia.
Orang yang sudi buat amal kebajikan pada kita tu ada hati dan perasaan juga. Kalau kita ni adalah di kalangan yang mereka sayang dan ambil berat, mesti mereka rasa 'down'.
Bukan itu sahaja.Kalau kita ni ada hati nak berubah pun kena juga.
Orang perlekeh-lekehkan kita lagi bila kita baru nak rasa jadi baik, cakap baik-baik, cakap satu dua term bahasa arab pun kena cerca. Pelik betul dah manusia ni.
Memang ujian dan dugaan bila nak jadi baik ni. nak jadi baik ni bukan maksudnya, duduk diam-diam tak boleh buat apa pun. Bukan juga bermaksud jadi malaikat. Kena 'mingle' around juga. nak jadi baik ni, maksudnya nak ubah tabiat dan habitat kita supaya jadi lebih elok. Kenapa? Jadi baik ni bawa masalah kepada orang lain kah? Baguslah kita atau ada kawan macam tu. Dah tu ustaz/ustazah yang bagi nasihat pun kita marah, ada kawan nak lebih baik pun kita tak suka, apa masalah kita ni? Rasa panas ye kat dalam hati, mata, telinga semua kah? Ingatlah , syaitan itu daripada api. Memang manusia tak jadi syaitan. Tapi kalau rasa membara je dalam hati dan telinga tu bila ada orang cakap dan buat baik kat kita, tak ke ada ciri-ciri api dalam diri kita? Hohoho..
p/s Tak suka api dalam sekam. :)
lots of love , akirahumaira
No comments:
Post a Comment