Sakit itu ujian | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

09 April 2014

Sakit itu ujian

Salam kepada pembaca blog ini,
Semoga diberi kesejahteraan dan kemudahan dalam apa jua urusan yang anda lakukan.
Baru-baru ini, Allah uji diri ini dengan demam plus selsema plus batuk. Sampai pergi ambil darah kerana ditakuti demam denggi. Alhamdulillah...mujur hanya virus . Minum air banyak dan jangan lupa suplemen.
EH! Makan suplemen pun boleh sakit ke?...
Of cos lah kan...sebagai manusia biasa yang lemah dan kerdil akan diberi ujian sakit, kesusahan, kesedihan dan sebagainya. Suplemen dimakan sebagai usaha untuk mengelakkan sakit kita berlarutan mudaratnya bukan bermaksud tidak akan sakit langsung.

Apa hikmah diberi ujian sakit?
1. Hati kembali ingat Allah
2. Baca AlQuran dan zikir lebih daripada hari yang lain (selalu tak sempat je nak muqarrab dengan Allah)
3. Dapat muhasabah diri atas dosa-dosa yang lalu
4. berharap dengan sepenuhnya kepada Allah semoga dibersihkan dari dosa-dosa yang lalu dan dikembalikan kesihatan yang sempurna

Senyum...zikir...muhasabah diri.
Setakat yang kita tahu, orang yang TAK PERNAH sakit, Raja Namrud sahaja. Siapa dia?
haa...siapa tahu angkat tangan?

gambar sekadar hiasan
 
|TipsihatdariShaklee|
Ambil 1-2 biji Ostematrix sebelum tidur untuk kualiti tidur yang lebih baik. 1 biji Ostematrix = segelas susu
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...