Harijadi Bakal Pejuang aka si hensem boy | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

31 July 2012

Harijadi Bakal Pejuang aka si hensem boy


Bagaimana saya boleh terlupa tentang harijadi my hensem boy itu pada hari Ahad yang lalu,
Samada kerana di bulan puasa , ingatan lebih berpusat kepada apa nak masak, terawih hari ni sempat ke, atau mungkin sahaja kerana saya dah semakin tua. (hahaha)
Satu lagi kemungkinan adalah kerana harijadinya telah disambut pada tarikh hijriyah dalam bulan Rejab yang lalu. Setelah itu, langsung tak terfikir lagi.
Anak saya semakin membesar. Semakin pandai berkata-kata. Semakin pandai beraksi. Dan semakin berseni!

Anakku Thoriq Ziyad (TZ),
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat ke atas hidup Thoriq
dan membesar dalam lindungan kasih sayang-Nya
Semoga Allah sentiasa memberi jalan kemudahan atas setiap kesukaran
dan sentiasa dipimpin ke arah jalan yang diredai-Nya
sebagaimana jalan-jalan orang yang beriman yang terdahulu
Semoga Allah melimpahkan rezeki yang halal
dan dari sumber yang tidak disangka-sangka agar dapat dikembalikan kepada yang memerlukan
Dan
Semoga nanti menjadi seorang anak yang soleh serta beriman
yang akan sentiasa menghadiahkan sepotong doa dan memohon maghfirah-Nya terhadap mama dan ayah
yang menjadi bekalan di perjalanan menuju ke negeri abadi

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...