Lemak dan Omega 3 | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

27 March 2012

Lemak dan Omega 3


Kali ini kita sambung cerita tentang Lemak dan Omega 3 pula.

Lemak diperlukan oleh tubuh badan kita untuk:
  • menjadi penebat tisu dalam badan
  • menyimpan tenaga
  • menghadam dan menyerap larutan lemak dari vitamin-vitamin
  • memberi rasa kenyang
Terdapat 2 jenis lemak iaitu lemak tidak tepu (PUFA dan MUFA) dan lemak tepu (termasuklah trans fats)

Menurut American Heart Association, kita perlu menghadkan jumlah lemak tepu dan trans fat. Ini kerana kedua-duanya adalah faktor utama terhadap peningkatan tahap kolesterol dalam darah dan risiko penyakit kardiovaskular, serangan jantung dan strok.

Lemak Tepu
Kebiasaannya didapati dari sumber haiwan dan sebahagian minyak tumbuhan: susu penuh lemak, krim, ais krim, mentega, daging, keju, minyak kelapa

Trans Lemak
Lemak tidak tepu yang melalui kaedah hydrogenation yang mana akan menjadikannya lemak tepu

Lemak tidak tepu (PUFA dan MUFA)
MUFA : zaitun, kanola dan minyak kacang, mentega kacang, kekacang dan avocado
PUFA : lemak omega 3 dan lemak omega 6

Omega 3 patut diambil lebih daripada pengambilan Omega 6.

Omega 3 terdiri daripada ALA, EPA dan DHA. Ia dipercayai dapat mencegah penyakit jantung, menurunkan risiko kanser dan membantu pesakit kanser menjalani rawatan.
Setengah kajian mendapati Omega 3 mungkin dapat :
  • membantu mengurangkan kanser caxhecia (yang berkaitan dengan kurang berat badan, kurang selera makan dan pembaziran otot)
  • membantu meningkatkan kualiti hidup
  • mengurangkan kesan sesetengah rawatan kanser
Sumber Omega 3 : Salmon, tuna, sardin, makerel, herring, trout, oyster, soybean, kanola, biji sesawi, kod, hati, walnut, avocado , makanan berasaskan soya dan etc.

Jadi, marilah kita meningkatkan kualiti hidup dengan menambah Omega 3 dalam pemakanan kita .. :)

(sumber rujukan dari buku Tell Me What To Eat Before, During and After Cancer Treatment , ditulis oleh Jodi Buckman Weinstein)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...