'Tell me what to eat; Before , During, And After cancer treatment' oleh Jodi Buckman Weinstein daripada The Tisch Cancer Institue, Mount Sinai Medical Center'. Walaupun ianya buku berkisar tentang 'survival' pesakit kanser tetapi buku ini banyak mengupas tentang panduan nutrisi kepada kita semua. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang inginkan kesihatan yang berkesan.
Pengenalan
Memahami Gizi atau 'nutrients' akan membantu kita memahami kepentingan pengambilannya bukan sahaja keperluan tetapi untuk 'survival'.Secara umumnya terdapat 6 pengkelasan iaitu:
- Karbohidrat
- Lipids (Lemak)
- Protein
- Vitamin
- Mineral
- Air
Jodi (2011) menyatakan bahawa mengambil makanan seimbang yang mengandungi kelas gizi yang seperti di atas akan membantu kita sihat dan seterusnya melawan kanser.Mereka ini bagaikan minyak untuk sesebuah kereta bergerak. Jika tidak cukup, bagaimana ianya mahu bergerak jauh. Samalah juga dengan badan kita. Kalau tidak cukup kalori, bagaimana kita mampu untuk membuat kerja fizikal dan meningkatkan metabolisma.
Berat badan akan bertambah apabila kita mengambil 3 kelas ini secara berlebihan. Pengambilan mesti seimbang dengan keperluan aktiviti fizikal dan keupayaan metabolisma badan kita.
Entri seterusnya tentang apa hubungkait Lemak dan Omega-3.
No comments:
Post a Comment