Dan rasa seronok saya berceritakan kepada sahabat ini akan keagungan Allah dan penciptaanNya. Terasa mudah hendak menyampaikan risalah dakwah ini kpdnya berbanding jika hendak disampaikan kpd sahabat2 Melayu lain yg dah lama memeluk Islam. Saya berkata kpd Ravideen...." Lebih mudah saya hendak bercerita kpd you berbanding jika saya nak cerita perihal Islam dan kehebatan Allah kepada orang2 Islam yg sejak lahir dah muslim. Kerana apa? Kerana you mencari Allah dan kebenaranNya...tetapi kami yg dah lahir dalam keluarga muslim ini tidak mencari.....kami tidak menghargai Islam sebagaimana awak. You menempuh kesusahan melawan arus, menghadapi tentangan ibu bapa, adik beradik dan kawan2. You appreciate Islam more dan you cekalkan diri untuk berada dalam ISLAM. Sepatutnya kami yg muslim ini wajib membantu you sebagai muallaf dan you layak menerima zakat daripada kami."
Sahabat saya ini menceritakan bahawa isterinya dan 2 orang anaknya juga telah memeluk Islam selepas dia memeluk Islam. Dia bersyukur kerana isterinya juga mendapat hidayah yang sama. Cumanya anak2nya hanya mengikut tetapi mak-mak saudara yg masih Hindu selalu menghasut mereka supaya kembali kepada agama Hindu. Itulah yg merungsingkan sahabat saya ini.
Saya dapat lihat air mukanya berubah dan nampak kegusaran pada riak mukanya. Dan dia memandang kejauhan. Saya berkata kepadanya bahawa dia boleh membawa anak2 dan isterinya ke rumah saya bila2 masa utk membolehkan keluarganya berjumpa dengan keluarga saya......agar mereka dapat melihat cara hidup muslim yg lebih baik berbanding jika mereka membandingkan dengan jiran2 mereka yg belum tentu mengamalkan ISLAM secara yg baik.
Saya rasa setakat ini dahulu cerita tentang muallaf yang saya jumpai di tempat kerja saya. Harapan saya agar kita semua terus mencari kebenaran Allah dan terus menyampaikan ayat-ayat Allah samada secara lisan mahupun secara perbuatan. Bil lisan au bil hal.....
Have a safe day....wassalam...


izzat, link ke aku nyer blog http://pandanganhati.blogspot.com/
ReplyDeletetumpang lalu...
ReplyDelete