Daku di kampung AMT 5 | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

05 June 2008

Daku di kampung AMT 5


Demi matahari dan sinarnya dipagi hari,
Demi bulan apabila mengiringi,
Demi siang apabila menampakkan diri,
Demi malam apabila menutupi.....
Just sambungan daripada ceritaku yg lepas setelah aku memasuki area baru dan unit baru yang dipanggil Asset Maintenance Team for Area 5 ( AMT 5 ). Pejabatku ditempatkan di satu kawasan kabin kontena dalam "production plant area". Di situ bagaikan sebuah kampung yg lengkap dgn surau, bilik air, bilik mandi, bilik loker, mesin basuh baju, pejabat, pantri dan bilik mesyuarat...yg semuanya terdiri daripada kontena kabin. >>Gambar di atas ni tiada kena mengena dengan kawasan pejabat saya. Itu hanya gambar saya di Kota Kinabalu, belakang tu Gunung Kinabalu. >>>
Saya diamanahkan untuk manage 3 orang supervisor terdiri drpd mekanical, electrikal dan instrument. Dan juga 19 orang technician yg terdiri drpd 3 craft tadi. da seorang executive planner berposition E2. Wahhhh........saya kena manage dan lead craft electrical dan instrument yg bukan bidang saya selama 6 tahun lebih saya berkerjaya. Mulanya agak berpeluhlah saya nak faham bahasa dan term2 electrikal dan instrument ni.....yang mekanikal pun banyak lagi yg tak tahu. Wahhh....Maha Besar Allah......challenge yg AlLah berikan.
Sekarang ni saya mesti "chair" toolbox meeting setiap pagi pukul 8.15 am. Bayangkan tiap-tiap pagi...macam masa saya jadi supervisor masa 3 tahun pertama bekerja dulu. dan bila technician dan supv update isu...saya kenalah tanya " what do you mean by this..by that".....yelah blank!!!
Tapi syukur sbb mereka ni ramai yg supportive dan suka membantu. Tak ramai yg OTAI dan DEGIL. Dan saya akan berikan direction on mcm mana nak memudahkan kita melihat masalah itu. I think that differentiate between a leader and a follower. A leader is a people who makes difficult things become easier and unite the people.
Tapi yang bestnya sekarang...setiap pagi Jumaat...saya dapat berikan tazkirah atau renungan kpd subordinate saya. Dan semua terpaksa mendengar sampai tamat. Dan dalam hati ini rasa bahagia bila ada pekerja saya yg sudi komen dan elaborate cerita atau point yg saya sampaikan. Kebanyakan kisah atau isi tazkirah itu saya peroleh dari "sessi keluarga" dengan ustaz dan rakan -rakan setiap hari Khamis. So jumaat esoknya masih fresh dlm fikiran on the points learnt from that session.
Rasa bahagia dapat berpesan-pesan dgn kebenaran dan kesabaran. Mudahan technician dan supv saya yang tinggal solat tu...bole berubah. Yang asyik berdengki tu...bole redha. Yang malas tu.....bole jadi bersemangat. Mana yang tercicir tu....masih sempat mengubah diri.
Itulah peranan kita sbg Muslim. Di mana kita berada.....kita dituntut untuk mengajak kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kerana kita adalah khalifah Allah yang mulia jika kita mengetahuinya.
wassalam......jumpa lagi dlm kisah saya bertemu dengan India Muallaf di COGEN unit dalam area baru saya ni. Keep smiling yeah.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...