Berjumpa sahabat dan saudara baru di COGEN | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

26 June 2008

Berjumpa sahabat dan saudara baru di COGEN



Salam...


Demi jiwa dan seluruh menyempurnaannya....

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan....

Beruntunglah bagi yang mensucikan.....

Merugilah bagi yg mengotorinya......



Setelah ditugaskan untuk mentadbir area baru ni....saya juga mesti mentadbir unit COGEN iaitu gabungan gas turbine generator dan HRSG. Masing2 didesign utk menghasilkan tenaga elektrik dan tenaga steam. Di unit ini saya berjumpa dengan seorang superintendent @ penguasa di unit COGEN ini yang bernama Ravideen. Dia merupakan staff kontrak yang diambil oleh syarikat saya. Dan dia merupakan bekas pekerja dari syarikat pengeluar tenaga elektrik swasta di Malaysia.


Mulanya saya ingat dia adalah seorang yg beragama hindu kerana dia memperkenalkan diri sbg Ravi. Namun apabila sudah berkenalan dengan lebih dekat, baru tahu dia adalah muslim spt saya juga...muslim muallaf. Saya bertanyakan bagaimanakah dia boleh tertarik utk memeluk Islam. Jawapan yg diberikan kpd saya pada masa itu agak pelik tetapi itulah hakikat HIDAYAH. Bagi kes saudara ini, dia mendapat ilham daripada tidur dan pada permulaan itulah dia mencari kebenaran Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Kuasa.


Daripada ceritanya, saya sedari bahawa inilah hidayah yg Allah berikan kpd hambaNya yg mencari kebenaran. Sahabat ini merasakan kedamaian dan ketenangan apabila bersolat dan berasa resah jika meninggalkan atau melambatkan solat. Lantas saya pun teringat bibit2 kenangan semasa training ESG 165 yang menceritakan tentang anggukan universal dan hakikat bahawa seluruh alam semesta bertawaf dalam arah yg sama dan mengikut peredaran yang sama....begitulah juga kita mesti mengikut waktu solat yg beredar pada waktu dan paksinya....

subhanallah....


Dan rasa seronok saya berceritakan kepada sahabat ini akan keagungan Allah dan penciptaanNya. Terasa mudah hendak menyampaikan risalah dakwah ini kpdnya berbanding jika hendak disampaikan kpd sahabat2 Melayu lain yg dah lama memeluk Islam. Saya berkata kpd Ravideen...." Lebih mudah saya hendak bercerita kpd you berbanding jika saya nak cerita perihal Islam dan kehebatan Allah kepada orang2 Islam yg sejak lahir dah muslim. Kerana apa? Kerana you mencari Allah dan kebenaranNya...tetapi kami yg dah lahir dalam keluarga muslim ini tidak mencari.....kami tidak menghargai Islam sebagaimana awak. You menempuh kesusahan melawan arus, menghadapi tentangan ibu bapa, adik beradik dan kawan2. You appreciate Islam more dan you cekalkan diri untuk berada dalam ISLAM. Sepatutnya kami yg muslim ini wajib membantu you sebagai muallaf dan you layak menerima zakat daripada kami."

Sahabat saya ini menceritakan bahawa isterinya dan 2 orang anaknya juga telah memeluk Islam selepas dia memeluk Islam. Dia bersyukur kerana isterinya juga mendapat hidayah yang sama. Cumanya anak2nya hanya mengikut tetapi mak-mak saudara yg masih Hindu selalu menghasut mereka supaya kembali kepada agama Hindu. Itulah yg merungsingkan sahabat saya ini.

Saya dapat lihat air mukanya berubah dan nampak kegusaran pada riak mukanya. Dan dia memandang kejauhan. Saya berkata kepadanya bahawa dia boleh membawa anak2 dan isterinya ke rumah saya bila2 masa utk membolehkan keluarganya berjumpa dengan keluarga saya......agar mereka dapat melihat cara hidup muslim yg lebih baik berbanding jika mereka membandingkan dengan jiran2 mereka yg belum tentu mengamalkan ISLAM secara yg baik.

Saya rasa setakat ini dahulu cerita tentang muallaf yang saya jumpai di tempat kerja saya. Harapan saya agar kita semua terus mencari kebenaran Allah dan terus menyampaikan ayat-ayat Allah samada secara lisan mahupun secara perbuatan. Bil lisan au bil hal.....

Have a safe day....wassalam...







2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...