demam kencing tikus | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

17 February 2015

demam kencing tikus

Bismillah


Saja nak cerita-cerita, sebulan yang lalu saya diberi ujian kesakitan. Takpelah kaffarah dosa-dosa saya agaknya. Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya.
Mula-mula saya demam panas dan menggigil. Ambil antibiotik dan rest. Sambil tu ambil vitamin C dan zinc secara konsisten. Alhamdulillah , demam tak berlarutan. Cuma demam tu on off selama 2 minggu ++.... saya tak sedap hati... pergi check doktor ambil blood test. Terkesima sekejap bila doktor kata saya ada jangkitan leptopriosis aka kencing tikus.
Seram sekejap dengar dan nak pitam. Kat mana saya boleh mendapat jangkitan ini? Wallahualam..

So, doktor bekalkan antibiotik yang khusus untuk leptopriosis ni. Apa yang saya boleh katakan tentang simptom sakit leptopriosis:
  • demam panas(awal-awal)
  • lemah-lemah sendi
  • melayang-layang
  • badan dedar-dedar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...