Menangani anak yang nakal dan kurang mendengar kata | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

24 November 2014

Menangani anak yang nakal dan kurang mendengar kata

Bismillah |


Sabtu lepas, memang full schedule satu hari untuk anak soleh saya yang sorang tu.
Sebelah pagi, dia kena hadir ke sekolah untuk ujian diagnostik memasuki darjah satu. Namanya dah menakutkan tetapi sebenarnya tak ada apa-apa yang scary sebab ujian itu hanya untuk menentukan tahap penguasaan membaca, menulis, mewarna (betul ke? hihi)

Beginilah untuk yang masuk sekolah kebangsaan. Dalam pada ramai yang masukkan anak-anak ke sekolah integrasi, kami tetap memilih untuk menghantar ke sekolah kebangsaan sahaja. Antara sebab-sebabnya, kami nak anak-anak kami melihat sendiri karenah manusia daripada ibu bapa sampai anak-anak. Karenah sebenar manusia yang Allah amanahkan menjadi khalifah di muka bumi. 

Kami sentiasa dan tidak akan pernah putus asa memberitahu dan mendidik mereka tentang sikap dan sifat yang baik yang patut dimiliki oleh seorang manusia. Dan di sekolah mereka dapat melihat sendiri betapa ramai yang susah untuk mengikut apa yang telah Allah tetapkan. Anak anak kami akan sentiasa berfikir tentang membuat keputusan memilih antara yang baik dan yang batil. Sentiasa akan berhadapan dengan mentaliti sebenar manusia akhir zaman. 

Pada sebelah malam pula, anak saya perlu menghadiri ihtifal habis tadika. Kagum saya melihatkan kreativiti guru-guru tadika menyediakan event besar. Ada jubah graduasi dan persembahan bagi setiap tadika yang memiliki program yang sama. Saya dapat melihat dengan grandnya anak-anak ini mengakhiri tadika, begitu juga grandnya expectation ibu bapa pada anak-anak soleh ini. Rata-rata mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka sehinggakan tidak dapat membezakan di antara keperluan dan kemewahan.

Ucapan founder tadika ini yang menyebabkan saya mahu menulisnya di blog agar sentiasa boleh diulang-ulang baca. Tidaklah disimpan di memori saya yang sudah semakin asik lupa.

Beliau memberitahu tips untuk ibu bapa  handle anak-anak yang sedikit nakal dan kurang mendengar kata ialah dengan:

1. memperbaiki wudhuk kita
2. memperbaiki rukuk di dalam solat kita

Sangat setuju. Tahap rasa perhambaan diri kita sebagai hamba Allah sentiasa menjadi kayu ukur kepada diri kita sebagai ibu bapa. Benar-benar membuatkan saya berfikir panjang. 

Walau apapun, pertama kali wajib bersyukur dengan apa yang kita miliki. Dengan rezeki yang telah Allah beri kepada kita. Kerana semuanya ini datang dari Allah. 


Wallahu a'lam

Stay healthy, stay positive uols..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...