Ketam nipah penawar demam denggi | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

07 August 2014

Ketam nipah penawar demam denggi

Bismillah |

Kali ni saya nak bercerita tentang ketam nipah sebagai alternatif kepada penawar demam denggi. Maksud di sini bukannya tak makan ubat doktor terus tapi bersekali dengan memakan ketam nipah ni. Saya teringat nak cari bagaimana rupa bentuk ketam nipah ni sebab biasa makan ketam biasa sahaja. Hasil dari carian google dapatlah lebih kurang bentuknya macam gambar di bawah.



Selain daripada demam denggi, saya baca satu blog ni (klik di sini) menyatakan boleh juga merawat penyakit yang lain seperti penyakit yang dibawa oleh nyamuk, leukimia, kencing tikus, H1N1 dan banyak lagi. (wabak high level). Macam overclaimed pulak tapi tak salah berusaha. Berdasarkan pengalaman saya makan sup ketam juga dapat merawat demam panas (kebah tak kebah) yang berlarutan. Semua peringkat umur boleh memakannya.

Sup ketam ni dimasak sup biasa ( tumis bawang, renekkan ketam dalamnya , letak garam dan akhir sekali letak daun sup). Sebab biasanya orang sakit tak lalu makan. Jadi boleh diberi minum supnya suam-suam.

Khasiat ketam nipah:
1. REndah kalori
2. tidak mengandungi lemak berbahaya
3. ada lemak tepu baik untuk jantung
4. sumber semulajadi omega 3 asid lemak
5. sumber multivitamin dan zink serta tembaga

Untuk yang memang mengambil suplemen Shaklee, boleh cuba ambil Vivix shaklee. Vivix shaklee boleh membantu mengurangkan simptom simptom penyakit high level juga. Apa khasiat Vivix Shaklee? Di antaranya meningkatkan sistem imun, meningkatkan antioksidan, menggalakkan anti penuaan dan seribu satu khasiat dengan cara memperbaiki sistem dna tubuh badan.

khasiat ketam nipah







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...