Pendidikan anak bermula dari keluarga | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

06 October 2011

Pendidikan anak bermula dari keluarga

Tarbiah diri anak-anak bukan bermula selepas kelahiran, tetapi bermula sejak pemilihan pasangan. Justeru, amatlah penting seorang lelaki memilih calon isteri yang dapat membentuk keluarga yang baik. Jika seorang lelaki itu suka suasana yang liberal, tak perlulah dia berangan untuk mendapat isteri yang berkeperibadian yang tinggi. Jika dia mahukan anak-anaknya mempunyai potensi hafiz/hafizah atau pejuang ummah, haruslah seorang lelaki itu berusaha berkeperibadian seperti itu juga agar dia mendapat seorang isteri yang solehah kerana 'seorang perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik'. Tak sesukar mana pun. Semuanya atas niat.

Di antara aspek-aspek pentarbiahan diri itu adalah:

1. Syarat persamaan (At-Takafu) antara pasangan adalah 'foundation' bagi sesebuah keluarga

2. Mempunyai sikap kasih sayang dalam percakapan, hiburan, perbincangan dan kerja-kerja rumah.

3. Mempunyai sikap berterus terang dan bercakap benar terhadap anak-anak agar anak-anak membesar dengan sikap begitu juga

4. Ibu bapa perlu melatih anak-anak dengan mengikut keadaan semasa. Pepatah Arab ada mengatakan "Janganlah kamu memaksa anak-anak kamu berakhlak seperti akhlak kamu. Mereka telah dicipta untuk zaman yang bukan zaman kamu."

5. Ibu bapa haruslah menggunakan kaedah 'menakutkan' anak dengan kejadian Allah dan bukannya menakutkan anak dengan fenomena tertentu.

Semoga anak-anak akan membesar dengan sihat dan kuat akal fikiran serta jati diri ke arah insan yang bertamadun.


Rujukan dari buku ' Anakku hebat, anakku soleh' yang ditulis oleh Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...