4 hari kemudian.. | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

05 May 2010

4 hari kemudian..

30 April 2010
Keadaan Amirah sangat lemah. Dia hanya bangun untuk setengah jam sahaja dan akan kembali tidur untk 3 hingga 4 jam. Cuma Amirah dah response pada antiviral yang diberi kerana semasa Amira bangun pagi, Amirah minta makan nasi.ALhamdulillah, Ummi panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana Amirah dah kembali sedar. Namun Amirah masih lemah. Doktor perlu masukkan air gula dalam badan Amirah kerana badan Amirah masih lagi belum pulih sepenuhnya. Ummi tanya pada Doktor kembali tentang cadangan doktor untuk transfer Amirah ke ICU. Doktor kata dah tak perlu kerana Amirah dah ada tanda-tanda untuk pulih. Alhamdulillah, Ummi panjatkan kesyukuran sekali lagi kerana anak Ummi tak perlu ditempatkan ke ICU. Cuma hari ni, Amirah perlu menjalani ujian EEG ( ujian untuk melihat aktiviti otak) dan ECHO (ujian untuk melihat aktiviti jantung). Berdebar dada Ummi mendengar ujian-ujian itu. Namun, Ummi kuatkan semangat agar Amirah pun akan kuat semangat. Sesekali, jatuh juga airmata Ummi apabila teringat detik-detik cemas dan juga keceriaan Amirah.Semuanya bercampur baur. Ya Allah, berilah daku kekuatan dan kesabaran dan sembuhkanlah Amirah...

Petang itu, Doktor pakar neurologi memberitahu pada ummi dan abi yang Amirah memang disahkan mendapat jangkitan otak. Ini berdasarkan graf aktiviti otak sebelah kiri ada perbezaan yang sedikit dari yang lain. Doktor memberitahu yang antiviral yang telah diberi Insyaallah boleh merawatnya tetapi akan ada parut pada tempat berkenaan. Ummi tabahkan hati. Mata ummi bergenang lagi...

Semasa Amirah tidur, Ummi pandang wajah Amirah. Ummi capai buku kegemaran Amirah. Ummi bacakan untuk Amirah. Tapi airmata ummi mengalir deras , sebak mengenangkan semua ini. Ya Allah, betapa beratnya ujian yang Kau berikan ini. Tak tertanggung rasanya untuk Aku menggalasnya. Ya Allah, Aku mohon kekuatan dan ketabahan hai dan sembuhkanlah Amirah agar dia kembali ceria dan sihat....


2 comments:

  1. Mcm mana amirah sekrg? Mudah2an sihat2 hendaknya.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, after a month, doctor cakap insyaallah amirah dah fully recover. but next two month akan ada appointment with neurologist utk check balik brain activities.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...