Sayang Amirah : Kerja sekolah | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

10 February 2010

Sayang Amirah : Kerja sekolah

Malas

"Amirah malaslah nak buat kerja sekolah" bentak amirah lagi. Matanya terusan melihat ke kaca TV yg menayangkan cerita kartun walaupun bukan kegemarannya. Rasa hati nak marah tapi lagi dimarah , lagi kuat lawannya. Macam mana nak buat nie.., bisik hati kecl ummi. Perlahan ummi membelek buku-buku sekolahnya , 'banyak nye nak kena buat'.. bisik hati kecil ummi lagi. Apabila dijumlahkan ada lebih kurang 5 buku untuk disiapkan. Bila dilihat tarikh-tarikh yang diberi, sudah beberapa hari berlalu. Kesian anak ummi ni, tadika lagi dah banyak kerja. Mungkin 'practices make perfect', persediaan sebelum ke darjah satu. Kesian juga kat dia, dah lama ummi tak luangkan masa untuk bersama-sama menyiapkan kerja-kerja sekolahnya. "Amirah, kita buat sama-sama nak?" pujuk ummi. Amirah tidak memalingkan mukanya. Mungkin masih lagi tension dengan kerja-kerja sekolahnya yang banyak itu."Amirah tulis, mama warna. ok tak?" pujuk ummi lagi. Muka Amirah bercahaya-cahaya sambil mengganggukkan kepala. Dan kami bersama-sama menyiapkan seperti kawan karibnya. Riang hati ummi melihat anaknya ceria sambil menyiapkan kerja. Hampir satu jam, kami bertungkus lumus menyiapkannya dan hasilnya, kesemuanya siap!! Alhamdulillah. Bukan hati Amirah sahaja yang gembira, hati ummi pun sama. Seronok tak terungkap apabila dapat bersama-sama membuat sesuatu kerja. Satu perkara yang ummi belajar dari Amirah, cubalah menyelami hatinya dan melayannya seperti kawan2nya di sekolah. Mungkin dia lebih senang nak berkongsi masalah dengan kita.

Pagi yang ceria

"Mama, ayah kata matahari besar. betul ke mama?" tanya Amirah di dalam perjalanan ke sekolah. " Betul." jawab ummi ringkas."mesti Amirah tertanya-tanya, kenapa Amirah nampak matahari kecil je kan?" tanya ummi pula. Amirah mengganggukkan kepala. "Sebab, matahari ada jauhhh sangat dari bumi" jawab ummi sambil mendepangkan tangannya. "Matahari tak boleh dekat dengan bumi, macam api. kalau kita dekatkan benda pada api, nanti terbakarlah" terang ummi lagi dengan bersungguh-sungguh. "Ooo... tu sebab Amirah nampak matahari tu kecil je sebab jauh. Emm...Amirah nak jadi angkasawan lah. Tapi nak jadi doktor dulu baru angkasawan." kata Amirah sambil tersenyum." Nanti bolehlah Amirah tengok Matahari tu macam mana.." sambungnya lagi. "kalau nak jadi angkasawan, kena lah belajar rajin-rajin, siapkan kerja sekolah" sampuk ummi sambil membiarkan Amirah tertanya-tanya apa kaitan menyiapkan kerja sekolah dengan belajar rajin-rajin. Em??

2 comments:

  1. salam kak aida
    baru tahu kak aida ada blog. thanks for the sharing.
    pasal homework ni kan kak, saya pun cukup tak suka kalau budak2 tadika lagi dah dibagi homework. entahlah, saya against that idea.
    hopefully amirah will doing great in tadika! :D

    ReplyDelete
  2. anah,
    kesian, kesian jugak. but not to force kids seriously. just have to make sure to make all these activities enjoy and fun.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...