PKI Jan 2009 dan Tahun Baru 2009 | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

03 January 2009

PKI Jan 2009 dan Tahun Baru 2009

Salam...

Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana diberikan kesempatan berjumpa lagi dgn peserta PKI. Walaupun kali ini hanya dpt join seketika @ separuh malam shj tapi cukuplah utk bersua muka dgn mereka dan menyampaikan mesej dan amanah. U

Hmmm....disebabkan kali ini saya hanya jadi ajk "choc-fudge" - kejap datang, kejap hilang, maka post checkpoint lama tu dah disettlekan oleh sahabat lain. so kali ni just cover for slot yg final iaitu pengulungan.

Rasa puas bila dapat mengungkapkan apa yg terbuku dlm hati ini dan seketika bersoal jawab dgn peserta, terasa terimbau kenangan lampau dan PKI2 yg lampau, bermula dari PKI di Sekayu hinggalah ke PKI di Hulu Langat. Yang exclusivenya PKI ialah ia special utk org yg dah senior dan sepatutnya kefahaman yg lebih baik drpd PPI. Dan mereka suppose to be the leaders bila balik nanti. tETAPI surely peserta agak bingung kerana mereka masih muda dan masih diawangan. pengalaman masih cetek....mudahan dgn sharing ini mereka dpt menyelami pengalaman yg kami ada dan jadikan pedoman or sempadan.7

Teringat sahabatku Ware yg dah byk kali menjadi tag team sy utk PKI. Kami sungguh secocok kerana ada chemistry antara kami dalam memainkan watak dlm checkpoint kami. Thanks Ware.....moga Allah berkti hidupmu dan semoga sejahtera di negara orang. Baju sejuk marlboro yg saya pakai semasa PKI Sekayu dulu masih lagi dipakai sampai skrg. Byk jasa baju tu....termasuk digunakan utk melibas lilin dan barang amanah. Orang yg terpaksa mendengar leteran dan kejutan2 yg dibuat oleh sy dan ware tentunya menyakitkan hati mereka kerana tidak tahu hujung pangkal, jawab salah atau betul, pasti dipersalahkan jua. Tercabar EGO!! Tentunya mereka menyangka kami suka2 dan having fun doing that. Depa tak tahu betapa diri ini merintih di dalam kerana rasa sgt bersalah dan memang tak layak utk menguji orang lain sedangkan diri ini pun teramat jahil dan lemah.

Tetapi " ukhuwwah" dan semangat yg ditanamkn dgn kefahaman, ` telah membantu kami dari menjadikan "kerja" kami tadi drpd terpaksa dibuat, bertukar kpd komitmen yg patut dipikul dan deliver as best as we can.

Oleh itu siapa yg dah terkena baling baldi di muka, libasan maut baju sejuk marlboro, "nyanyian nyaring dan merdu dr KAMI T, merasa lumpur ke muka dan sehingga berbaring dlm paya tu.......anggaplah itu adalah latihan menghadapi dunia sebenar yg mmg tidak belas dgn kita. Apa yg kita hadapi ini adalah terlampu remeh berbanding apa yg saudara2 kita alami di medan sebenar. Mungkin saya sendiri tidak mampu menahan "penghinaan" semacam itu. Tetapi sy sentiasa menyediakan diri dan hati agar bersedia jika bersua juga, tapi mudahan dielakkan.

Actually, melalui PKI inilah saya membina kefahaman diri even menjadi ajk dan penganjur. Di sinilah saya "mengembara" diri ini dan mencari kelemahan dan kekuatan diri. Mencari ukhuwwah yg kita perkatakan. Maka itu sebablah saya merasakan program2 spt ini amat baik dan perlu sgt kita mengikhlaskan diri, mengkondisikan diri utk hadir dan mengembara ke dalam jiwa kita. Mendekatkan diri dengan Sang Maha Pencipta dengan memikirkan kejadian dan hakikat diri ini...bahawasanya diri kita ini berasal dari tiada dan akan musnah. Apa yg kita ada hanyalah pinjaman Allah dan kita wajib memegang amanah ini dan melaksanakan yg baik spt yg Allah designkan utk kita.

Sahabatku, tangisilah dan menangislah skrg di hadapan Allah sebelum kita menangis di padang mahsyar. letakkan ego kita ketepi dan peluklah sahabatmu dengan erat dan pesanlah bahawa Allah itu yg Maha Besar, tiada yg lain. Apa yg kita ada skrg bukan disebabkan kita, tetapi Allahlah yg berada dlm diri kita, yg memberikan kita kehendak dan kekuatan. Sesungguhnya DIAlah yg Maha Berkuasa memberikan kita kehidupan hatta utk menggerakkan bola mata kita....fikirkanlah........ Ini alha AZAM TAHUN BARU KITA..... zikir....

Hasbi Rabbi Jallallah, Ma fiqalbi ghairullah,Nur Muhammad Sallallah, La Ilaha Illallah........

3 comments:

  1. pki tu apa ya?

    suami isteri update kat blog ni ya

    ReplyDelete
  2. tahniah tuan atas keterlibatan yang sangat konsisten dengan PKI..!! moga istiqamah dengan perjuangan. doakan juga semoga ana istiqamah dengan jamaah di sini..

    ReplyDelete
  3. salam...
    nazmi, pki tu program latihan@tamrin utk leadership. Aa...kami kongsi blog yg sama. basically aku guna blog utk express my thoughts since aku dah tak pakai dairi. so sapa yg baca tu, just bare with us lah.

    to abu umar, mcmc mana waqi' keje kt sana? terasa sunyi kehilangan sentuhan pak syeikh abu umar lah dlm pki. ware pun takde, terasa sunyi dan rindu pd sahabat2 lama.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...