Salam Eidul Adha dan selamat memasuki tahun yg baru. tahun baru islam (1 muharram) pun dah tak lama lagi. Di sana sini, di sms, email, dan lain-lain medium, kebanyakannya sibuk mengucapkan selamat tahun baru kepada kenalan. Sehinggakan saya masih mendapat sms dari beberapa kenalan ucapan selamat tahun baru pada pukul 12.30 pagi!!! Semoga 'stay up' nye kita pada tahun baru ini samalah juga untuk tahun baru islam. Memang lagi dialu-alukan untuk kita bermunajat, memperbaharui azam yang sudah semestinya untuk kebaikan dan memperbaiki hubungan dengan ALLAH dan manusia. Alangkah indahnya, jika kita dapat memuhasabah diri tentang sifat-sifat mazmumah yg masih bertapak dalam diri, satu persatu, dan kita berazam untuk sedikit demi sedikit menggantikannya dengan sifat mahmudah. Contohnya, jika kita selalu mengumpat dan mengata tentang orang lain, kita gantikannya dengan sentiasa berdoa supaya Allah beri dia hidayah untuk menjadi lebih baik. Ajaibnya nanti, hati kita akan jadi tenang kerana kita sudah tidak mensia-siakan percakapan kita tentang dia, ditambah lagi moga Allah perkenankan sebab doa kita pada sahabat sedangkan dia tidak tahu yang kita mendoakannya adalah lebih baik. Kita pun tidak dapat dosa, dan dia pun tidaklah mendapat pahala 'free' atas umpatan kita. Hmm, menarik kan formula ini. 'Ya Allah, semoga dengan datangnya tahun baru ini, aku dapat memperbaiki sikap-sikap diri agar lebih menghayati ajaran Mu, lebih peka pada sifat-sifat mazmumah yang masih lagi bersarang dlm hati agar aku dapat menghindarinya, dan semoga dengan datangnya tahun baru ini, ada impianku tercapai dengan izin Mu. Amin.'
No comments:
Post a Comment