April 2008: Renungan akan kebesaran dan janji Allah kepada hambaNya yg meyakiniNya | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

16 April 2008

April 2008: Renungan akan kebesaran dan janji Allah kepada hambaNya yg meyakiniNya

Assalamualaikum....

Kehadapan sidang pembaca yg disayangi...

Buat isteri yg tersayang......yg byk memberikan dorongan dan bantuan dlm mentadbir hal ehwal anak dan rumah semasa saya sibuk bekerja saban hari, dan sibuk dgn usrah. program, tusyen, mesyuarat termasuk masa yg dihabiskan direstoran selepas habis kerja..kerana mendengar cerita dan celoteh kawan2, yg sedikit sebanyak menjadi cermin utk diri saya yg perlukan feedback dan teguran.

Juga buat Amirah Sofiyyah, anak saya yg baru berumur 3 tahun lebih. Maafkan ayah jika masa ayah bersama Amirah tidak banyak berbanding mama mu. Pagi2 ayah pergi kerja Amirah masih tidur atau baru nak bangun, dan apabila ayah balik ke rumah...Amirah sudah pun tidur nyenyak. Ayah hanya dapat mendokong dan menukar "pampers" mu, dan meletakkanmu di atas katil mu. Sedang isteriku juga telah tertidur keletihan melayan Amirah.

Pasca pilihanraya 8 Mac 2008 bukan sahaja telah menukar senario politik dan pentadbiran negara dan negeri terutamanya. Namun senario dan skop kerja saya juga telah turut bertukar. Saya pun tidak tahu adakah ini satu taktik yg dirancang oleh manusia atau pun satu perancangan Allah yg Maha Hebat yang ingin meningkatkan lagi ujian terhadap diri saya dan keluarga. Sebelum ini saya bertugas sebagai jurutera penyelenggaran @ maintenance engineer di jabatan kejuruteraan @ engineering department ( walaupun namanya ENGINEERING tetapi hakikatnya skop kerja ialah MAINTENANCE @penyelenggaraan ). Kerja yang saya lakukan lebih kepada memastikan kontraktor yg diperlukan untuk sesuatu kerja penyelengaraan bagi dandang, relau dan tangki minyak dapat melakukan tugas mereka dalam jangka masa dan kos yg diperuntukkan. Dalam masa yang sama saya juga terlibat dalam membantu membuat "troubleshooting " atau analisa ke atas masalah yang berkait dengan "equipment" di atas.

Kemudian setahun yang lepas saya diarahkan untuk mengetuai dan menghasilkan satu pakej penyelenggaraan untuk beberapa jenis "equipment" yang berkaitan dengan mekanikal statik. Kami panggil pakel itu = SERP = Specific Equipment Reliability Plan. Kerja yang memerlukan saya belajar sendiri bagaimana untuk melakukannya dan tiada bajet yg diberikan kepada saya untuk mengadakan bengkel atau sebagainya. Dan yang bestnya....bos saya sendiri tak pasti bagaimana nak mengendalikan proses menghasilkan SERP ini dan juga skopnya. Best kan ??? Tapi syukur saya berjaya belajar dari kawan2 yg terdahulu pernah mengendalikan bengkel dan methodologi RCM ( Reliability Centred Maintenance ) yang diperlukan untuk menghasilkan SERP ini. Alhamdulillah.

Dan selepas sahaja habis pilihanraya, saya telah mendapat arahan untuk berpindah ke "production department" dan melaporkan diri kepada bos yang baru yang berpangkat "senior manager". Satu kejutan buat diri saya kerana pertukaran secara tiba-tiba dan jawatang yg perlu saya tanggung ini ialah jawatan "manager maintenance di sebuah area", walaupun saya ada mendengar desas desus mengenainya. Saya rasa sedih juga kerana bos besar di jabatan lama saya tidak memaklumkan dan berbincang dengan saya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar ini. Dan yag lagi membuat saya geram, kerana antara sebab perpindahan saya ini ialah untuk mengisi kekosonga yg ada dan "justify" jawatan bos besar lama saya ini dari "senior manager" ke" general manager".

Maka sekarang saya baru sahaja 1 bulan berada di dalam area yg baru dan mempunyai 25 orang bawahan yg diamanahkan kepada saya yang kesemuanya MUSLIM. Masih lagi cuba membiasakan diri dalam senario kerja yang agak baru dan amanah yg lebih besar. Namun, setelah merenung kembali diri ini dan membuat renungan ESQ 165......saya sedar yg ini adalah perancangan Allah dan pastinya ada HIKMAH yg amat hebat untuk saya dan semuanya. Inilah masanya saya membuktikan kepada diri saya atas segala perkara yang saya rungutkan terhadap "manager" saya yg dahulu dan membuat perubahan dalam unit kecil yg saya ketuai ini. InsyaAllah.... moga berjumpa lagi dalam lakaran yang akan datang mengenai orang2 yg saya jumpai dalam area dan unit baru saya ini.

Wassalam dan kenali diri. Kenal diri maka kenallah ALLAH yang menciptakan alam semesta serta segala isinya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...