Dr. Papadopoulos mendedahkan lima ciri personaliti yang paling kerap dialami bakal ibu iaitu:
1. Ibu Runsing
- Sangat berminat untuk mendapatkan maklumat
- Suka meminta nasihat dari kawan-kawan dan ahli keluarga
- Suka membaca buku yang berkaitan
- Kurang yakin dengan keputusan yang dibuat
2. Ibu Hebat
- Lebih menonjol dari orang lain
- Suka memberi nasihat tentang kehamilan dan bagaimana menjadi ibu
- Suka berkongsi pengalaman
- Cenderung membandingkan bayi anda dengan peristiwa penting seperti tendangan pertama atau perkataan pertama
3. Ibu yang Profesional
- amat teratur dan rasional
- mengikuti nasihat daripada orang alim ulama dan tidak mengambil peduli mengenai cerita-cerita mitos.
- membuat persediaan menghadapi sebarang komplikasi semasa bersalin seperti pilihan hospital, doktor dan kelengkapan hospital
4. Ibu Sejati
- Suka melalui detik-detik kehamilan secara sederhana
- Suka dengan cara dan ramuan tradisional dan keselesaan seperti berada di rumah sendiri
5. Ibu yang Tidak Runsing
- Melalui kehidupan dengan tiada sebarang kerunsingan
No comments:
Post a Comment