1. Anakku, jangan sesekali pandang rendah pada orang lain yang tidak setaraf dan seteguh kita. Manakan tahu kelebihan yang orang lain itu ada dapat mengatasi kelemahan kita. Biarlah saling bantu membantu.
2. Anakku, jangan selalu merasakan diri kita hebat dari orang lain, lebih banyak diuji dari orang lain, dan lebih banyak ilmu dari orang lain. Segala apa yang telah Allah beri itu adalah untuk orang lain sebenarnya, bukan untuk diri kita. Ditakuti, kelak Allah tanya , apa yang telah kau lakukan dengan semua anugerah yang telah diberi? Adakah hanya untuk menempelak orang lain?
3. Anakku, jangan sesekali bersikap takbur, sombong dan bongkak hanya kerana kita lebih terkehadapan dari orang lain. Walhal semua yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata. Ilmu yang kita ada hanyalah sedikit berbanding ilmu Allah. Tetapi jangan berhenti dari mencari ilmu itu.
4. Anakku, jadilah diri kamu sendiri bukan kerana mengikut orang lain. Biarlah kita istiqamah perkara yang kecil dan kita 'upgrade' sedikit demi sedikit. Tak usahlah dibandingkan dengan orang lain yang mungkin lebih baik. Kerana kita tak tahu apa yang bakal menanti kita di kemudian hari. Hidup kan seperti roda. kejap di atas, kejap di bawah. Iman pun turun naik. Kitakan manusia..
5. Anakku, berterusanlah berbakti pada masyarakat. Untuk itu , kita diberi pelbagai nikmat ; harta, kesihatan, kepandaian, kecerdikan, dan segala macam kemahiran.
Bukan kerja kita untuk mencari redha manusia. Kita buat segalanya kerana mencari redha Allah semata!!
No comments:
Post a Comment