Terpanggil untuk cerita tentang penyakit DIABETES di kalangan rakyat Malaysia.
“Dalam tempoh lima tahun, angka ini meningkat kepada 15.2 peratus pada 2011, memberi kesan kepada kira-kira 2.6 juta orang atau satu daripada tujuh orang dewasa. Ini ditambah pula dengan keadaan di mana 43 peratus daripada rakyat mengalami obesiti yang membuatkan risiko mereka untuk mendapat diabetes jenis dua semakin meningkat,” katanya.
Sumber dari artikel di harian metro. Boleh baca penuh di sini .
Sepatutnya dengan statistik ini, kita patut bimbang. Kita sudah tahu diabetes apa simptom simptomnya dan kesannya. Tetapi budaya kita yang kurang sihat hanya mengambil tindakan setelah mendapat penyakit daripada melakukan aktiviti pencegahan.
Samada mengambil ubat sintetik atau suplemen semulajadi sentiasa menjadi topik hangat. Terpulang pada kita ingin mengambil ubat sinettik yang sudah dijamin piawaian kesihatan ataupun suplemen semulajadi yang halal dan mengikut piawaian kesihatan. Walau apapun tindakan kita, lakukan pencegahan sebelum terjadi. Kerana lebih lama kita menanggung sesuatu penyakit, lebih tinggi kos perubatan untuk merawat penyakit.
Bertindaklah sekarang. Saya quote kata-kata ibu dan ibu mertua saya semasa bersembang tentang hal hal kesihatan. Ibu mertua saya ada darah tinggi tapi berjaya mengawalnya dengan cara hidup yang sihat dan mengambil suplemen. Ibu saya pula pernah menjalani rawatan kanser payudara dan kini hidup cergas dan ceria dengan cara hidup sihat dan pengambilan suplemen juga.
" Kita kena dari muda mengambil suplemen kesihatan dan cuba untuk tidak bergantung sepenuhnya dengan ubat ubatan. Kerana setiap ubat ubatan ada kesan jangkamasa panjang yang hanya dirasai sewaktu sudah tua " - ibu mertua
" Ada beza orang yang memang mengambil vitamin dengan tidak mengambil vitamin. Sewaktu mengandung ambil lah vitamin untuk kesihatan ibu dan anak yang akan dilahirkan " - ibu kandung
Untuk pengawalan gula dalam darah supaya tidak terjadi diabetes, kita digalakkan mengambil suplemen berunsurkan glisemiks indeks yang rendah, kurang kandungan gula, garlic, zinc dan multivitamin yang cukup.
No comments:
Post a Comment