Allergic Rhinitis dan Breastfeeding | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

20 August 2010

Allergic Rhinitis dan Breastfeeding

Ummi bangga dapat menyusukan anak-anak ummi. Alhamdulillah, setakat ini thoriq dah melebihi 2 tahun. Ustaz kata tak elok lebih 2 tahun. Kenapa ye? Jadi macam mana nak berhentikan.

Tetapi cabaran yang ummi hadapi bukanlah cabaran nak pam susu masa bekerja atau pun bila outstation. Tetapi kesan anak ummi breastfeed dgn ummi. Rasa curiga pulak bila anak-anak selalu keluar masuk hospital tetapi minum susu ibu. Setahu ummi yang kawan-kawan beritahu, antibodi anak-anak yang minum susu ibu bagus dan tak mudah mendapat penyakit. Sedih juga bila mengenangkan dan sedih saja tak membawa ke mana-mana. Justeru, ummi berusaha tanya-tanyakan doktor pakar, sebenarnya apa punca penyakit anak-anak ummi ni. Doktor mengatakan anak-anak ummi lebih kepada allergic rhinitis.

Apa itu Allergic Rhinitis?

Allergic Rhinitis adalah sejenis penyakit keturunan/warisan. Allergic Rhinitis ini bahasa melayunya adalah dikenali sebagai 'Resdung'. Jika ibu mempunyai kadar resdung yang tinggi dan ayahnya juga, maka anak-anak akan mendapat kadar resdung yang tinggi juga. Dan begitulah sebaliknya.

Bagaimana mengesannya pada kanak-kanak?

1. Kanak-kanak yang baru lahir hingga berumur lebih kurang setahun setengah, mereka akan mengalami eczema. Kerengsaan kulit yang teruk.

2. Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas , mereka berisiko mengalami pneumonia disebabkan alahan pada airways atau saluran pernafasan ke paru-paru. Jadi mereka ini sering mengalami batuk seperti lelah jika tidak menjaga pemakanan atau cuaca jerebu/kurang segar. Jangkitan kuman sering terjadi di paru-paru menyebabkan kahak/lendir terhasil di dalam paru-paru. Oleh itu, prosedur mengeluarkan lendir tersebut perlu dilakukan seperti nebulizer, chest fisio atau exercise yang terkawal.

3. Kanak- kanak yang berumur 6 tahun ke atas, mereka akan mendapat sepenuhnya allergic rhinitis iaitu resdung. Jenis alahan adalah bergantung pada setiap individu mengikut apa yang diwarisi. Kadangkala mereka juga akan mendapat batuk/lelah jika airways mereka mengalami alahan juga selain dari alahan kulit.

Penawar?

Setakat ini ummi dah bagi macam-macam ; madu,habbatus sauda, roselle tapi masih lagi tak membantu. Mereka bukan asma dan mereka juga bukan lemah. Ianya hanya disebabkan penyakit diwarisi. Dugaan buat ummi dan abi. Kalau ada yang membaca artikel ini dan mempunyai cadangan, boleh disharekan bersama. Kerna Ummi yakin dan percaya, setiap penyakit ada penawarnya....

Breastfeeding boleh menaikkan antibodi anak-anak?

Setakat ini breastfeeding yang ummi amalkan pada mereka hanya dapat mengelakkan mereka daripada demam yan kerap. namun bila mereka mendapat pneumonia , demam mereka sangat tinggi dan static. tak kebah-kebah. Ini disebabkan breastfeeding dari ummi hanya menguatkan lagi penyakit yang diwarisi mereka. Ya Allah.. Rasa kalau ianya memudaratkan mereka, lebih baik bagi susu formula je.

Tetapi, ummi kuatkan semangat. Ummi harus tabah. Kerana jika memang Allah lahirkan mereka sedemikian, itu adalah anugerah Allah sepertimana Uwais Al-Qarni. Ummi redha.Ummi akan tetap beri susu ibu pada mereka kerana yakin itu yang terbaik. Dan ummi selalu berdoa agar anak-anak ummi mendapat yang terbaik di dunia dan di akhirat. Wallahualam...

Ingat Allah, Sayang Allah.
We share, We care.


1 comment:

  1. salam kak,
    anak saya pun mmg ada juga demam2 meskipun dah bf, tp tak pernah teruk sgtlah. cuma last month pernah juga lama demamnya, smp 5 hari. tp rasanya takde lagi research mengatakan bf boleh menyebabkan penyakit yg lebih tinggi. nanti sy cuba research utk akak.
    buat masa ni saya rasa elok juga kalau akak try juga produk alternatif. kekadang ubat doktor ni boleh menyebakan lebih teruk spt singulair. akak boleh try prod natural spt agel. mmg ramai yg berkesan dgn ini.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...