Mira dan Mama : Amirah warded!! | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

02 May 2010

Mira dan Mama : Amirah warded!!

22 April 2010
Amirah demam. Kesian anak ummi.Ummi bawa dia ke Klinik Dr Liaw seperti biasa. Amirah pun dapat beberapa jenis ubat yang perlu dihabiskan terutama antibiotik (jenis Klacid) which is high level antibiotik. Tak dapatlah amirah join team main bola jaring hari Sabtu ni.

26 April 2010
Amirah masih lagi demam. padahal antibiotik nya dah habis. Ummi rasa ada yang tak kena pada amirah. Bila ambil temeprature, suhunya dah mencecah 40 degree C. Dia pun dah menggigil seram sejuk akibat high fever. Cepat-cepat ummi pack baju amirah dan pergi ke klinik Dr Liaw kembali. Unni cadangkan pada doktor supaya admit hospital memandangkan keadaan amirah yang semakin worst. Doktor pun setuju dengan cadangan ummi.

27 April 2010
Hari pertama ummi jaga dia nampak juga beberapa perkara aneh. Perangai Amirah yang berlainan sperti tidak kenal ummi. tenaganya juga sangat tinggi tapi dia masih lagi demam dan pneumonia nya sedang dirawat. Ummi pujuk hati ummi mungkin Amirah mahu melawan rasa boring berada di hospital. Amirah juga tidak mahu langsung makan apa-apa. Mata merah bulat dan merah. Bila malam, ummi balik rumah sebab jaga Thoriq pula.

28 April 2010
Samapai sahaja ummi di wad Amirah, Amirah sedang berlarian naik turun lif. Dia tak hiraukan tentang atuk dan wan. Ummi rasa tak sedap hati. Lebih-lebih lagi bila lihat AMirah sangat berani naik turun lif seorang diri. Ini sangat mustahil kerana aamirah bukan nya seorang yang sangat berani. Pada pukul 7 petang, Amirah seakan-akan sawan, tapi sangat mild. Terus Ummi panggil nurse. Amirah pula seperti berterusan menjerit-jerit. Matanya merah. Disebabkan dia seperti unconcious, doktor sarankan melakukan CT Scan untuk melihat keadaan otak amirah.Ya Allah, seriusnya keadaan Amirah. Amirah pun dah kehilangan energy, Kandungan gula dalam darah jatuh sehingga 3.2 sahaja. Doktor mengatakan keadaannya agak kritikal. Kemungkinan besar, AMirah perlu dimasukkan ke ICU Hospital besar. Airmata Ummi tak henti-henti mengalir. Ya Allah! Selamatkan Amirah, sembuhkanlah dia. Hanya itu yang mampu Ummi lakukan.. berdoa. Mujur Abi ada memanggil ustaz dari Darussyifa untuk baca air penawar. Antara usaha dan ikhtiar sebagai seorang muslim, memohon hanya kepada Allah. Dan ummi pula seperti hilang kekuatan dan hanya menangis walaupun tahu ianya tidak membantu apa-apa. Malam itu juga, doktor mencadangkan untuk mengambil sampel air dari tulang belakang untuk melihat keadaan otak Amirah. Ummi tabah menunggu sehingga pukul 4 pagi untuk mengetahui keputusannya. Akhirnya doktor mengesahkan bahawa Amirah mendapat jangkitan otak yang dinamakan encephalitis. Doktor akan memulakan rawatan antiviral kerana antara common virus yang menyebabkan encephalitis adalah Herpes Simplex Virus.

4 comments:

  1. Kak Aida, Nadiah baru dengar pasal anak kak Aida dari emel kak Azua. Nadiah doakan semoga amirah cepat sembuh dan Allah tabahkan hati kak Aida sekeluarga.InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. Kak, angah pun baru terbaca pasal nie dari emel kak azua. Akak tabahkan hati ya, pada waktu nie akak kena kuat dan amirah perlukan akak. Kalau akak tunjukkan kesedihan, amirah akan lagi sedih dan tak semangat untuk lawan penyakit. Kita sama-sama doakan semoga amirah akan cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu.

    ReplyDelete
  3. Akak, sabar dan tabah meghadapi dugaan ini..ju baru tahu dr yan...byk2 berdoa...mudah mudahan amirah ceapt cepat sembuh.InshaAllah

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Aida,
    Saya baru terbaca berita ni dari email utem. Tercurah airmata mengenangkan princess Amirah..
    Saya doakan semoga akak dan family sabar & tabah menghadapi segala..juga utk Amirah semoga kuat semangat & cepat sembuh yea..Amin Ya Rab..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...