Ramadhan telah menjelma. Ramai yang telah menghantar emel lewat 1 ramadhan yang lalu untuk mengucapkan salam ramadhan sambil memohon ampun dan maaf. Nampaknya bukan influenza sahaja yang telah berevolusi tetapi ucapan salam juga telah dipelbagaikan. Walaupun begitu, jejari ini masih lagi berat untuk menghantar sepotong ayat hatta melalui emel ataupun SMS!! Mungkin kerna masih lagi ragu-ragu apakah ucapan itu seindah kata hati ataupun hanya mengikut trend masa kini. Kadang-kadang terfikir juga, bacakah rakan-rakanku ucapan salam ku ini atau hanya sekadar memenuhkan peti mail nya sahaja. Dan persoalan itu terus-terusan berlegar di minda ini.
Namun, apa yang penting adalah kemaafan dari seorang sahabat atau sesama Islam kepada saudara seIslam yang lain. Tak perlu diminta untuk dimaafkan, tetapi seharusnya individu itu telah pun memberi kemaafan setiap hari sebelum tidur. Dengan harapan, esok hari akan lebih baik dari hari ini sambil memuhasabah diri tentang dosa-dosa yang telah dilakukan. Dan dengan itu, ayuh! Jangan bertangguh lagi, berilah kemaafan anda kepada semua anda kenal dan berharap mereka juga memafkan kita sebelum lena dibuai mimpi. :)
No comments:
Post a Comment