Bermalas-malasan | My precious
My Precious~Stay Healthy and Positive
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

24 August 2009

Bermalas-malasan

Pernah tak di satu pagi yang hening,kita rasa sangat malas untuk pergi ke satu majlis ilmu(etc bengkel, kuliah, perjumpaan etc) walaupun sebenarnya itu adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan? Di antara faktor-faktor kemalasan itu adalah seperti berikut:
  • seronoknya kalau hari ini cuti. dapat buat kerja-kerja rumah, main dengan budak-budak dan etc.
  • kenapalah asyik nama saya je yang kena pergi bengkel or whatever they call it
  • "mesti nanti boring giler masa dengar ceramah"
  • tak sihatlah rasanya
  • dan seribu satu alasan yang lain
Dan pernah tak selepas beberapa minit kita berada di majlis ilmu itu kita rasa betapa bagusnya dapat pergi ke majlis itu. Nah! Sebenarnya satu hypothesis telah berjaya diperkenalkan di mana, jika kita rasa sangat malas untuk pergi ke satu majlis ilmu pada mulanya, sebenarnya majlis itu sangat bermanfaat pada kita pada akhirnya. Segala perasaan yang timbul itu, hanyalah bisikan-bisikan syaitan agar kita tidak perlu berada di majlis yang sgt bermanfaat itu. Dan kita kena yakin, bahawa jika kita tidak pergi pun ke tempat itu, nescaya masa yang telah diperuntukkan oleh Allah itu, kita tidak akan gunakan untuk membuat kerja-kerja yang kita bercadang nak lakukan pun.. :) Justeru, dapatlah kita simpulkan bahawasanya, JANGAN SESEKALI KITA PANDANG REMEH UNTUK PERGI KE MAJLIS ILMU YANG TELAH DIARAHKAN kerana mungkin Allah telah lorongkan sesuatu yang baik untuk kita di akhir majlis itu. Percaya dan yakin pada perancangan ALLAH.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...