Haha...bersambung lagi cerita tips travel.
Di samping beg travel kit yang dibawa, saya akan bawa juga beberapa vitamin.
Laaa....banyaknya nak bawak ye tak...hehehe...
Tak kisahlah banyak ke tak tapi bila travel lebih-lebih lagi melancong ke luar negara atau yang memerlukan aktiviti kaki dan tangan yang banyak (turun naik bas, tube, jalan kaki..etc) semestinya kena bawak vitamin vitamin ni :
1. Ostematrix -kaya dengan kalsium dan magnesium
2. B complex - kaya dengan vitamin B yang diperlukan especially urat saraf
3. Lecithin - pecah lemak
4. SR Vita C - antibodi
5. Zinc complex - lawan penyakit
Ostematrix rasanya memang wajib telan sebelum tidur supaya bangun pada keesokan paginya akan rasa segar dan bertenaga tanpa sakit-sakit kaki dan belakang. Boleh baca khasiat Ostematrix di sini --> Ostematrix ada magnesium
B complex pula gunanya untuk kurangkan terkena sakit kepala. Yelah..travel kan penat. Bila dah penat, urat saraf dalam badan pun penat. Penat pun naik ke kepala. Kalau dah sakit kepala memang spoil the mood. Jadi biasanya sebelum tidur saya ambil B complex juga untuk redakan tense dan relax. Di samping membuatkan kulit-kulit akan merepair. Cantik dan berseri sahaja. Try baca lagi tentang B complex --> B complex redakan sakit kepala migrain
Lecithin adalah vitamin kegemaran saya..ahaks. Pemecah lemak dan kurangkan rasa bloating. Almaklum travel ni memang makan tak menentu. Samada susah dapat makan atau asyik jumpa makanan dan makan pula arabic cuisine atau pakistan sebab itu yang halal. Mana lalu makan salad je satu hari suntuk tiap tiap hari...hihi. Boleh baca khasiat Lecithin yang lain---> Lecithin untuk badan menawan
Last but not least gabungan SR Vita C dan Zinc Complex. Ini yang paling saya sangat sangat suka bila keluar dari rumah. Saya ada tonsilitis yang sangat sensitif. Mudah kena jangkitan demam dan flu. Kalau travel sikit dah demam memang upset lah kan. Mesti nak sihat tip top. Baru dapat jalan jauh. So saya memang akan ambil setiap awal pagi selepas breakfast sebiji vita-c dan sebiji zinc complex. Bertindak sebagai kuatkan antibodi dan membantu melawan penyakit. Kebaikan Vita-C boleh baca di sini ---> Khasiat Vita C dan tentang Zinc Complex ---> Khasiat Zinc
Ini vitamin wajib yang saya bawak. Yang tak wajib adalah dua tiga lagi. Itu optional. Dalam travelling ni yang penting niatkan kerana Allah. Nak dapat pengalaman dan menjadi asbab bersyukur dengan nikmat Nya.
Stay healthy, stay positive uolz..
![]() |
kredit google image |
No comments:
Post a Comment