Sesuatu yang saya tak pandai nak katakan apabila bercerita tentang takdir Allah. Allah dah tetapkan siapa jodoh kita, berapa orang anak kita ada dan sebagainya. Tetapi, berusaha untuk mendapatkan anak juga telah ditetapkan jalannya oleh Allah. Kerana kita usaha itu mungkin asbab kepada perkara yang lain, yang lebih manis..
Saya listkan tips yang boleh kita usahakan untuk hamil.
1. Untuk si isteri : Weight control. Ini kerana berat badan yang sihat membantu dalam conception
2. Untuk si suami : Memelihara sperma. Dengan tidak mendedahkannya kepada suhu yang tinggi. Elakkan duduk di dalam hot tub sepanjang hari. Elakkan memangku/meriba laptop
3. Untuk si isteri : Elakkan minum kopi yang terlalu kerap. Hadkan supaya kurang dari 5 cawan sahaja dalam satu hari. Lebih sedikit , lebih baik
4. Untuk suami/isteri : Berhenti merokok
5. Untuk suami dan isteri : Alert dengan waktu ovulasi. Ovulasi berlaku 14 hari sebelum haid. Ianya hanya subur dalam masa 6 hari sahaja.
6. Untuk suami dan isteri : Elakkan tidak melakukan hubungan intim lebih dari 5 hari
Semoga tips ini dapat membantu pasangan yang cuba untuk mempunyai cahaya mata.
No comments:
Post a Comment